ePemula RM150, warga M’sia berusia 18-20 tahun, pelajar IPT layak, hanya untuk transaksi 'offline'

Iklan
e-pemula (2)

BERTUJUAN meringankan beban kewangan golongan belia, membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai, program ePemula diumumkan di bawah Belanjawan 2022.

Kerajaan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Iklan
Iklan

Lebih menarik lagi, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.

Iklan

SIAPA LAYAK TERIMA KREDIT EPEMULA?

Syarat-syarat kelayakan program ini adalah seperti berikut:

Iklan

a) Warganegara Malaysia; dan

b) Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU

Baca juga: 8 Tip Beli Laptop Terpakai Pelajar Universiti, Lebih Murah Sesuai Bajet

BAGAIMANA MEMOHON KREDIT EPEMULA?

1. Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).

Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan ePemula dan tekan"Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

2. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula.

3. Sekiranya memenuhi kelayakan ePemula dan telah melalui proses verifikasi eKYC, pemohon yang layak akan menerima RM150.00 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan dalam masa tiga hari dari tarikh permohonan.

6 FAKTA PENTING EPEMULA

1. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar dua juta rakyat Malaysia, dengan jumlah peruntukan RM300 juta

2. Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

3. Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut: Muat turun aplikasi e-tunai terlibat dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet

4. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik.

5. Pada aplikasi e-tunai pilihan, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan"Hantar" Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

6. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula.

9 TRANSAKSI TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN EPEMULA

Kredit RM150 ePemula boleh digunakan untuk sebarang transaksi yang boleh dibayar melalui e- dompet pilihan boleh digunakan untuk semua pembelian, kecuali:

a. pemindahan"peer-to-peer”;

b. penebusan tunai;

c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;

d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;

e. bil pasca-bayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;

f. pembelian permainan ("games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;

g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;

h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan

i. transaksi e-dagang atau transaksi atas talian.

Baca juga: Video pelajar IPT pakai baju Melayu, sampin ke kelas raih 1 juta tontonan, risau raya duduk rumah lagi

TARIKH LUPUT

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Justeru, insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Diharapkan mereka yang layak menerima memanfaatkan kredit ePemula ini dengan sebaiknya.

Sumber: budget.mof.gov.my

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI