PELAKON dan pelawak, Zulin Aziz selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah pada Ahad.
Istimewanya, umrah kali ketiga Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, kali ini turut ditemani suami tercinta, Farhan Norzaini.
Dalam hantaran, pelakon drama Penjara Janji itu menyatakan kesudiannya untuk membantu membacakan doa-doa yang dikirimkan kenalan dan para pengikutnya di media sosial yang jika ada yang ingin berbuat demikian.
Zulin ke Tanah Suci bersama rombongan Syabibah Travel And Tours yang turut membawa beberapa selebriti lain seperti Saharul Redzwan, Bell Ngasri dan Faizal Ismail mengerjakan umrah sepanjang Ramadan ini.
Terdahulu, Zulin menganggap tawaran mengerjakan umrah menerusi program Umrah Syabibah Travel And Tours Bersama Selebriti itu sebagai hadiah istimewa sempena perkahwinannya pada Februari lalu.