Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba

Iklan
Udang khamped sedap, padu. Sajian Thai yang wajib cuba

LELEH tengok! Resipi udang khamped merupakan salah satu sajian terkenal di negara jiran, Thailand.

Iklan
Iklan

Selain udang, hidangan khamped ini boleh dimasak dengan menggunakan ayam, sotong dan ikan mengikut selera masing-masing.

Siapa yang pernah makan menu ini pasti tahu rasanya macam mana kan? Sedap dan padu! Cukup rasa manis, masam, pedas dan masin.

Iklan

Bahan-bahannya;

Iklan

  • 1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) digaul garam dan kunyit
  • 2 biji bawang besar dikisar
  • 5 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1/2 inci lengkuas dikisar
  • 2 batang serai potong halus dikisar
  • 2 biji cili hidup (merah) dikisar
  • 5 biji cili api (hijau) dikisar

Cuba juga Udang tiga rasa ala Thai mudah, ratah pun sedap!

  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos ikan
  • Kacang panjang (optional)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
  • Daun limau purut

Cara-cara membuatnya;

1. Goreng separuh masak udang yang digaul bersama garam dan kunyit. Ketepikan.

2. Panaskan minyak bekas goreng udang dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

Cuba juga Udang masak bawang sedap sangat, gerenti tak pandang lauk lain

3. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak, masuk sos tiram, sos cili dan sos ikan. Masak hingga mendidih. Jika kering masukkan air.

4. Masukkan udang, kacang panjang yang dipotong serta daun limau purut. Perasakan. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! Selamat berbuka puasa.

Sumber : Ida Zairi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI