“Dah cucuk dexa. Harap baby tunggu lama sikit baru keluar,” – Eyra Hazali

Iklan
EYRA HAZALI

PELAKON Eyra Hazali berkongsi perkembangan terkini dirinya yang baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan gara-gara bayi dalam kandungannya tidak bergerak.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23, dia mula risau apabila bayinya tidak memberikan respons, selain dirinya yang mengalami sakit di bahagian tertentu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya dah dibenarkan keluar dari hospital. Pergi ke hospital sebab baby tak respons langsung, malah saya dah cucuk-cucuk perut dan bahagian ari-ari saya sakit sangat,” ujarnya menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi Instagram Story miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli itu meluahkan rasa syukur apabila bayi dalam kandungannya kini dalam keadaan yang baik.

Iklan

"Alhamdulillah baby okey, cuma baby sekarang besar dua minggu dan saya ada kontraksi sikit tadi. Dah cucuk dexa. Harap baby tunggu lama sikit baru keluar,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nur 2 itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan dan peminat yang mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Iklan

"Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk mama dan baby,” katanya yang dijangka bersalin pada Mei depan.

Eyra dan suami mendirikan rumah tangga pada 1 Novemver 2019 an dikurniakan seoarang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish.

 

(FOTO: Instagram Eyra Hazali)