Anak Amar Baharin, Amyra Rosli dijangkiti Kawasaki, ini tanda, simptom, kesan

Iklan
Anak Amar Baharin, Amyra Rosli dijangkiti Kawasaki, ini tanda, simptom, kesan

BARU-BARU ini negara dikejutkan dengan berita yang menimpa anak pasangan pelakon popular Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu virus Kawasaki.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menerusi posting Amyra di laman Instagram miliknya sebentar tadi, anaknya telah dibenarkan keluar hospital hari ini.

Iklan

Apa sebenarnya penyakit ini? Ibu bapa yang ada anak berusia bawah umur lima tahun wajib kena ambil tahu.

Berikut keterangan lanjut mengenai virus Kawasaki;

Iklan

1. Penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah (vaskulitis) terutamanya membabitkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

2. Virus Kawasaki pertama kali direkodkan ialah pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki. Lebih 75 peratus pesakit Kawasaki ialah kanak-kanak berumur bawah lima tahun dan selalu menyebabkab penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak.

3. Jika pesakit dapat dikesan dan dirawat awal, biasanya dapat pulih dalam masa beberapa hari. Penyebab utama virus ini masih tak dapat dikenalpasti tapi penyakit ini tidak berjangkit.

Baca juga "Dah cucuk dexa. Harap baby tunggu lama sikit baru keluar,” – Eyra Hazali

Ini adalah tanda dan simptom virus Kawasaki:

1. Demam panas antara 38.3-39.4 melebihi empat hari dan tak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam bermula.

2. Kelenjar membesar terutamanya di leher.

3. Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerahan.

4. Konjunktivitis, iaitu mata merah tapi tak berair.

5. Lidah merah dan bengkak serta pecah bibir.

6. Ruam yang sangat teruk pada kulit.

7. Kemerahan pada tempat suntikan BCG.

8. Kulit terkupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas dua minggu.

Sesetengah pesakit mengalami radang atau sakit sendi antara masa demam berakhir sampai hari ke 25 virus ini muncul. Virus ini juga boleh berterusan sampai lapan minggu.

Bila perlu jumpa dengan doktor?

Jika ibu bapa lihat suhu badan anak sangat tinggi dalam satu tempoh yang lama dan tak sembuh dengan makan ubat demam serta anak mempunyai salah satu daripada simptom Kawasaki, segeralah berjumpa dengan doktor terutamanya jika bayi berumur bawah satu tahun.

Lagi cepat pesakit mendapatkan rawatan adalah lebih bagus. Intravenous immunoglobulin (IVIG), a solution of antibodies, and aspirin adalah antara dua rawatan utama yang digunakan untuk merawat jangkitan virus Kawasaki.

Semoga setiap anak dan ibu bapa yang diuji dengan kesakitan ini diberikan kekuatan dan ketabahan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter MyHeart Community

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI