10 info Program Perantisiswa Malaysia, akan diagih mulai Jun 2022

Iklan
PERANTISISWA

OPEN Distance Learning (ODL) yang dijalani pelajar Institusi pengajian tinggi (IPT) terpaksa dilaksanakan susulan penularan wabak Covid-19.

Peranti elektronik dan liputan jalur lebar menjadi keperluan utama bagi golongan pelajar bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian secara dalam talian.

Iklan
Iklan

Sejak dua tahun kebelakangan ini pelbagai kekangan dihadapi para pelajar dalam mengikuti pengajian termasuk masalah peranti dan liputan internet yang terhad bagi kawasan pedalaman.

Iklan

Kira-kira 350,000 mahasiswa bakal menerima peranti tablet menerusi program Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Iklan

10 INFO PROGRAM PERANTISISWA MALAYSIA

1. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 melalui pemberian sebuah peranti.

3. 1. Pemberian satu unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

-Warganegara Malaysia;

-Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;

-Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;

-Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;

-Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan

-Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

4. Peranti dijamin berkualiti tinggi daripada jenama terkenal dan telah melalui proses uji suai dan diperakukan beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Teknikal ICT.

5. Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut, menamatkan pengajian, berhenti pengajian;

dibuang pengajian, menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara atau melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.

6. Kegunaan peranti berdasarkan konsep ‘Guna Pakai' selama tempoh pengajian bagi mengelak salah guna peranti seperti jual / beri kepada orang lain.

8. Program tersebut diharap dapat membantu pelajar IPT melakukan pembelajaran dalam talian dan  melayari internet.

9. Ia juga bagi membantu penyelidikan dan membantu penghantaran mesej.

10. Perantisiswa boleh dimohon melalui dalam talian menerusi pautan perantisiswa.kkmm.gov.my

Sumber: /photo/1">Bernama