KUIH tart memang kegemaran ramai. Percayalah kalau kita berkesempatan pada Aidilfitri kali ini berkunjung ke rumah jiran-jiran, sanak-saudara atau rakan taulan, pasti akan jumpa kuih ini.
Selalunya kita akan jumpa tart dengan inti nanas. Namun, perkongsian daripada Jan Ena lain daripada lain.
Baca juga Berbuka bersama Nan Gua Bing, kuih tradisional Cina wajib dicuba
Beliau mengajar pelayar Facebook untuk membuat inti perasa strawberi. Hmmm...pasti sedap bukan.
Berikut bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya:
Bahan-bahan
250 gram mentega
85 gram gula aising
160 gram tepung gandum
160 gram tepung jagung
Esen vanila
Coklat rice (pilihan)
Jem strawberi
Cara penyediaan:
1. Masukkan mentega, gula aising dan esen vanila ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang sudah diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati sehingga adunan lembut.
3. Kemudian, masukkan coklat rice ke dalam adunan tadi. Kacau rata.
4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam beg paiping yang sudah diletakkan nozle dihujungnya.
5. Picitkan secara membulat dan letakkan jem strawberi di tengah-tengah.
6. Bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 20 hingga 30 minit mengikut ketuhar masing-masing.
7. Setelah masak, siap untuk dihidangkan!
Baca juga Cita rasa klasik jadi tarikan kuih karas dan sesuai jadi hidangan di Aidilfitri
Mudah sahajakan? Kalau buat bersama adik-beradik lagi syok. Seorang adun tepung dan seorang atau dua orang lagi membuat intinya.
Nampaknya, tinggal lebih kurang dua minggu lagi kita nak beraya. Apalagi, cepat-cepat masuk ke dapur.
Buat sendiri, lagi puas hati!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI