Umum bersara, Sarah Hildebrand tinggalkan dunia hiburan

Iklan
Sarah Hildebrand

PELAKON dan pengacara, Sarah Hildebrand, mengumumkan sudah bersara daripada industri seni hiburan tanah air.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Ahad, Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkata, dia kini tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon mahupun pengacaraan.

Iklan
Iklan

"Saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia. Saya sudah lama tidak lagi menerima tawaran sebagai pelakon atau pengcara TV.

"Saya minta maaf kerana menolak banyak tawaran daripada produksi dan minta maaf kerana tidak memberikan respons. Saya telah bersara,” katanya.

Iklan

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu turut mengharapkan agar pengumuman tersebut dapat disebarkan agar semua pihak tahu dia kini sudah bersara.

Dalam pada itu, Sarah juga menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat dan semua pihak yang telah menerimanya sepanjang berada dalam industri hampir sedekad lalu.

Iklan

"Selamat tinggal semua dan terima kasih kerana menerima saya dalam industri selama lebih kurang 10 tahun dan mencipta pelbagai memori manis.

"Saya akan abadikan segala memori indah dan pengalaman ini sebagai kenangan. Ia membantu saya menjadi lebih matang,” katanya yang berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.

(FOTO: Instagram Sarah Hildebrand)