Warga Pantai Timur boleh rebut tawaran Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia KTMB pulang beraya

Iklan
Hatyai Thailand

SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan satu perkhidmatan tren khas iaitu Ekspres Khas Keluarga Malaysia.

Iklan
Iklan

Dengan membawa slogan"Maghi Kelik Kampung", Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata perkhidmatan tersebut dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesesakan trafik di lebuh raya yang sering dihadapi warga Pantai Timur setiap kali musim perayaan tiba.

Sebanyak 516 tiket ditawarkan bagi tren khas berkenaan. Perkhidmatan itu akan beroperasi bagi laluan Pantai Timur dan bakal memulakan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

Iklan

Tren terbabit dijadualkan akan berlepas pada 29 April 2022, jam 11 malam dari KL Sentral dan akan berhenti di 17 stesen iaitu;

    Iklan

  • Bandar Tasik Selatan
  • Kajang
  • Nilai
  • Seremban
  • Pulau Sebang
  • Mentakab
  • Jerantut
  • Gua Musang
  • Pasir Mas
  • Tumpat

Perjalanan tren dijangka akan tiba di Stesen Tumpat pada 30 April pada jam 3.55 petang.

Jadual perjalanan Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia;

Di samping menawarkan harga yang berpatutan, pelanggan juga berpeluang untuk menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh tren khas iaitu :

  • Koc katil
  • Koc tempat duduk premier dan superior
  • Koc buffet
  • Koc chillax untuk aktiviti solat, moreh atau santai bersama penumpang lain
  • Cenderahati khas

Tarikh pembelian dan harga tiket Tren Khas;

Untuk makluman, tarikh pembelian perkhidmatan tren khas sudah mual dijual mulai 15 April 2022.

Harga yang ditawarkan pula bermula daripada RM 55.00 hingga RM 83.00 bagi perjalanan sehala.

Pertambahan ini melibatkan perjalanan KL Sentral – Padang Besar dan sebaliknya bagi tarikh 29 April hingga 2 Mei dan 6 Mei hingga 8 Mei.

Tarikh-tarikh ini ditetapkan berikutan status jualan tiket yang habis dijual pada tempoh tersebut.

Jualan tiket untuk tren tambahan akan bermula pada 15 April 2022.

Untuk keterangan lanjut, mengenai Tren Ekspres Khas Keluarga Malaysia dan tren tambahan, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari saluran media sosial rasmi KTMB.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI