Masih sayang, Shakilla Khoriri tidak tolak kembali bersama

Iklan
SHAKILLA KHORIRI

PELAKON Shakilla Khoriri tidak menafikan masih menyayangi bekas suaminya yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali.

Menurut Shakilla, 33, dia tidak menolak untuk seandainya mempunyai peluang untuk kembali melayari bahtera rumah tangga.

Iklan
Iklan

"Saya percaya usia perkahwinan yang masih muda juga menyebabkan masing-masing jadi memberontak sebelum ini.

"Kami tidak bercakap dari hati ke hati (hal rujuk) tetapi kalau masih dijodohkan memang saya tidak elak benda itu (kembali rujuk), saya sayang dia…” katanya ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Syawal 2022 Awesome TV pada Rabu.

Iklan

Bagaimanapun ujar Shakilla, bekas suaminya itu kelihatan belum bersedia untuk kembali bersama.

"Saya ada cuba, tetapi dia macam belum bersedia. Saya pun tak nak memaksa," jelasnya.

Iklan

Shakilla dan Fizi bercerai talak satu pada 15 Disember tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.