Tegur beri anak gajet punca 'speech delay', guru prasekolah mohon maaf, hanya tuju ibu bapa malas

Iklan
tadika (1)

MENDIDIK anak tidaklah semudah yang disangka. Setiap keluarga pasti diuji pelbagai rintangan dan dugaa. Antaranya apabila anak mengalami masalah speech delay atau lambat bercakap.

Speech delay adalah masalah pertuturan yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia merupakan kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak bercakap atau menghasilkan bunyi.

Iklan
Iklan

Berdasarkan garis masa perkembangan normal, si kecil sepatutnya mula menunjukkan perkembangan berikut pada 12 usia bulan.

[caption id="attachment_79442" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Iklan

Baca juga: Anak kecil lambat bercakap tidak semestinya mereka autisme, ini penjelasan pakar

Ia adalah melambai atau menunjukkan ke arah objek, menggunakan beberapa bunyi konsonan atau menyuarakan keperluan mereka.

Iklan

Perihal mengenai speech delay telah diutarakan oleh seorang pengguna TikTok, Cikgu Ayu.

Guru prasekolah itu berkongsi pendapatnya ekoran isu seorang murid dibuang dari tadika lantaran membuang air kecil di dalam kelas.

[caption id="attachment_79440" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

Dia turut memberikan teguran secara terbuka di TikTok buat sebilangan ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya perlu ke tandas.

Bagaimanapun, kelantangan itu malah mengguris hati pelbagai pihak. Menerusi pemerhatian SinarPlus, video berkenaan telahpun dipadamkan.

Dalam hantaran lain, pendidik itu menjelaskan ia ditujukan sebagai peringatan kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja.

"Kalau dah buat yang terbaik untuk anak, itu bagus. Tapi jika tak, ubahlah demi masa depan anak,” katanya.

Susulan dikecam selepas perkongsian terbabit, Cikgu Ayu membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Saya tiada niat untuk mencerca ibu bapa yang berpendidikan khas. Saya juga menerima murid seperti speech delay dalam kelas saya. Saya sedaya upaya mengajar mereka untuk  menguasai bahasa dengan baik. Saya tidak pernah sisihkan mereka. Yang pernah buang air dalam kelas pun ada," katanya.

Baca juga: [VIDEO] Pelik anak umur 3 tahun masih belum pandai panggil mama, tindakan ibu muda ini dapat perhatian warganet

Warganet meluahkan berharap para guru di peringkat prasekolah menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menangani masalah di sekolah.

Bagi anda yang berhadapan masalah lambat bercakap usah dibiarkan lama. Penting bagi ibu bapa membawa anak menjalani pemeriksaan lanjut dan menjalani terapi khas untuk menangani isu speech delay ini dalam kadar segera.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI