Kuih gunting 'legend' yang rangup dan sedap! Puas hati buat sendiri

Iklan
Untitled design - 2022-04-23T102208.114

PEJAM celik kita sudah bakal menghampiri ke penghujung Ramadan. Rasa sekejap sangat masa berlalu.

Itu bermakna kita sedang menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Baca juga Resipi roti jala lembut tak mudah basi, hanya guna sukatan cawan

SinarPlus pasti, kebanyakan daripada kita juga sedang sibuk membuat persiapan raya terutamanya membeli baju raya, kelengkapan rumah dan ada juga yang sedang 'bersilat' di dapur menyiapkan kuih raya.

Iklan

Hmmm...Di platform Facebook dan TikTok, sudah banyak resipi yang dikongsi. Rata-ratanya macam mudah sahaja nak buat.

Iklan

Seorang pengguna media sosial, Salmah Hassan juga tidak mahu ketinggalan memuat naik resipi kuih gunting buatannya yang memang ringkas dan mudah.

Ini bahan-bahan dan cara penyediaan yang disyorkan beliau.

BAHAN-BAHAN

1 kilogram tepung gandum

250 gram marjerin

1 biji telur

1 kiub ikan bilis

Minyak

100 gram bawang merah

50 gram bawang putih

50 gram ikan bilis

50 gram udang kering

Cili kering

10 gram garam

10 gram bahan perasa

200 mililiter air

Cara penyediaan:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, udang kering, cili kering, garam dan perasa bersama air sehingga halus.

2. Kemudian, uli tepung dan marjerin sehingga sebati. Masukkan telur dan uli adunan lagi.

3. Selepas itu, masukkan bahan kisar tadi dan uli sehingga sebati.

4. Masukkan daun kari yang telah dipotong. Uli sehingga doh tidak melekat dijari. Pastikan tidak terlalu keras dan lembik.

5. Bahagikan dan bulatkan doh supaya senang dicanai menggunakan kayu giling.

6. Panaskan dalam kuali non-stick sekejap tanpa minyak supaya keras. Kemudian, sejukkan.

7. Boleh dipotong dan digunting.

5. Kemudian, goreng dalam minyak yang banyak.

6. Toskan minyak menggunakan tisu.

Berdasarkan cara Salmah, kuih gunting nampak senang sahaja untuk 'diselesaikan'. Bahan-bahan pun mudah nak cari.

Patutlah ramai yang gemar membuat sendiri di rumah berbanding membeli.

Apa kata jom cuba buat resipi itu minggu ini!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI