Pengeluaran khas KWSP RM10,000, zakat RM250 jangan dilupa

Iklan
Pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KSWP bagi yang ada pendapatan bulanan wajib kena zakat

KINI ramai dalam kegembiraan bak mendapat sinar baharu dalam kehidupan apabila telah mendapat wang Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, setiap pencarum yang membuat pengeluaran khas tersebut perlu tahu bahawa ia wajib dikenakan zakat berjumlah RM250.

Perkara tersebut disahkan oleh Zakat Pulau Pinang di laman sosial Facebook rasminya semalam. Jelasnya, wang caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pencarum adalah dikategorikan sebagai al-maal al-mustafad.

Iklan

Iklan

Menurut kenyataan itu, terdapat tiga situasi bayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP iaitu situasi pertama adalah serta merta, iaitu;

1. Situasi ini diwajibkan zakat serta merta sekiranya pendapatan tahunan seseorang pencarum KWSP itu sudah melebihi nisab tahun pertama.

2. Situasi kedua adalah cukup Haul yang bermaksud seseorang itu perlu menunggu sehingga akhir tahun (haul) kerana yakin pendapatan tahunan mencapai nisab setelah wang pengeluaran KWSP ini digabungkan.

3. Tidak wajib zakat kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan dan pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan asasi diri dan keluarga.

Sementara itu, dalam sebuah laporan oleh Berita AlHijrah yang bertarikh 18 Mac lalu, Pengurus Unit Kanan Syariah & Antarabangsa, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abd Rahman berkata pembayaran di bawah zakat harta itu adalah dituntut hanya bagi individu yang membuat pengeluaran secara suka-suka tanpa ada bebanan dan masalah kewangan.

Ini kerana pembayaran zakat KWSP sebanyak 2.5 peratus adalah wajib ke atas individu yang membuat pengeluaran khas KWSP berjumlah RM10,000.

Namun jangan keliru, kerana pembayaran zakat adalah tidak wajib bagi individu yang membuat pengeluaran wang tersebut atas keperluan sumber pendapatan yang mendesak.

Menurut Ahmad Husni, antara syarat pengecualian zakat ialah;

1. Individu yang berdepan masalah pendapatan dan menggunakan wang tersebut untuk meneruskan kehidupan.

2. Golongan yang masih mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan dengan segera.

3. Pengeluaran yang digunakan untuk keperluan-keperluan asas atau mustahak seperti perubatan, pendidikan, dan seumpamanya.

Jadi, bagi individu yang ingin membuat kira-kira amaun zakat yang dikenakan atas setiap pengeluaran KWSP, boleh layari website https://bayarzakatmalaysia.my/

Bayar zakat, hidup berkat. Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: Berita AlHijrah Online