Aplikasi Muslim Pro bukan sekadar papar waktu solat, pengguna boleh akses rutin senaman, resipi. Menarik kan?

Iklan
Untitled design - 2022-04-24T105337.409

RAMADAN bukannya alasan untuk kita berasa lemau ataupun tidur sepanjang hari. Sepatutnya kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Sememangnya tidak mudah untuk melakukan aktiviti fizikal sepanjang Ramadan disebabkan kita tidak makan dan minum sepanjang hari.

Iklan
Iklan

Menurut tinjauan pendapat yang dilakukan BMC Public Health, 50 peratus umat Islam bersetuju bahawa aktiviti fizikal menurun dengan ketara sepanjang empat minggu Ramadan.

Bagaimanapun, tidak mustahil untuk memasukkan senaman sebagai rutin jadual ketika bulan puasa, tetapi pastikan ia tidak membebankan badan.

Iklan

Malah, anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih seperti Muslim Pro kerana ia bukan sahaja memantau solat dan waktu berpuasa, tetapi boleh mengakses kandungan gaya hidup yang relevan seperti rutin senaman dan resipi Ramadan.

Bercakap tentang aktiviti senanam, Usahawan Kecergasan, Nawal Alhaddad berkongsi beberapa cadangan untuk memasukkan senaman ke dalam rutin Ramadan anda. Berikut adalah perinciannya:

Iklan

1. Mulakan dengan perlahan dan tenang.

- Individu yang gemar bersenam, matlamatnya yang biasa kita dengar melakukan senaman dengan lebih gigih iaitu berlari satu pusingan, angkat yang lebih berat atau bersenam selama 30 minit lagi.

- Pun begitu, anda perlu mengurangkan intensiti senaman terutamanya ketika minggu pertama bulan Ramadan.

- Lakukan senaman ringan selama satu atau dua minggu untuk membolehkan badan anda beradaptasi dengan rutin puasa.

- Selain itu, kurangkan jumlah hari bersenam, menggunakan pemberat yang ringan atau senaman yang lebih pendek.

- Menyesuaikan badan ke dalam rutin yang baru akan menjadikan senaman harian satu kebiasaan pada bulan Ramadan.

2. Pilih masa

- Ketika bulan Ramadan, masa bersenam perlukan pengubahsuaian terutamanya sekitar tempoh berpuasa dan ketika berbuka puasa.

- Nawal berkata, masa peribadinya untuk bersenam pada bulan Ramadan adalah pada waktu petang iaitu kira-kira sejam sebelum berbuka puasa. Jadi, masa menunggu berbuka puasa tidak akan terlalu lama.

- Selain itu, senaman merupakan cara terbaik meningkatkan selera makan.

- Jika tidak mahu bersenam perut kosong, boleh juga bersenam pada waktu malam selepas berbuka puasa.

- Sebagai alternatif, jika sering terjaga pada awal pagi, cuba bersenam sebelum atau selepas sahur. Ia satu cara yang baik untuk membuatkan anda lebih bertenaga dan semangat untu memulakan hari anda!

3. Diet yang sihat

- Bulan Ramadan pasti dikelilingi bermacam-macam makanan yang lazat. Sudah pasti anda juga akan menikmatinya.

- Pun begitu, penting untuk mengamalkan kesederhanaan dan memastikan anda mendapat nutrien yang diperlukan oleh badan.

- Sekiranya ingin bersenam sepanjang Ramadan, utamakan makanan yang kaya dengan protein untuk membantu tubuh pulih daripada aktiviti fizikal dan juga puasa.

- Selain ayam dan daging untuk sumber protein, anda juga boleh mengambil ikan seperti tuna atau salmon serta tumbuh-tumbuhan seperti kacang hitam dan lentil.

- Elakkan makanan berminyak supaya tidak berasa lesu ketika berpuasa.

- Pentingkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat untuk lebih kenyang dan bertenaga.

Baca juga Bimbang bentuk paha tidak muat seluar, berikut ada senaman yang boleh dilakukan

- Selain itu, betik, bayam dan kubis bunga juga merupakan makanan yang menjadi pilihan dalam senarai teratas!

4. Cuba gaya senaman baharu

- Aktiviti dan senaman intensiti tinggi mungkin tidak dapat dilakukan ketika bulan Ramadan bergantung pada tahap tenaga anda.

- Senaman seperti bermain bola sepak dengan rakan-rakan atau memaksimumkan pemberat setiap minggu di gim pasti menjadi sukar apabila berpuasa.

- Oleh itu, Ramadan peluang yang ideal untuk bereksperimen dengan sesuatu yang baru untuk membolehkan badan dan otot terus bergerak walaupun dengan kadar yang perlahan.

- Yoga merupakan senaman yang baik untuk meningkatkan kekuatan otot dalam masa yang sama membuatkan anda relaks.

- Berbasikal dan berenang juga adalah dua latihan berimpak rendah yang boleh dilakukan dengan kelajuan sendiri.

5. Fahami badan kita

- Badan akan memberitahu apa yang anda perlukan, jadi, berhenti dan cuba fahami.

- Walaupun senaman boleh memberi kesihatan yang lebih baik, penting juga untuk fahami badan kerana ia memerlukan masa untuk beradaptasi dengan situasi baharu.

- Jangan risau jika tidak berada di tahap kecergasan terbaik pada bulan Ramadan. Hal ini kerana banyak kaedah untuk anda kekal cergas tanpa melebihi keupayaan badan.

- Apa yang penting hormati dan jaga tubuh badan dengan baik sepanjang bulan mulia ini.

Baca juga Tiada lagi 'koleksi' lemak! Ikuti 5 senaman untuk kurangkan berat badan

Tentunya cara yang dikongsikan Nawal dapat membantu anda melakukan senaman demi menjaga kecergasan badan selain dapat membakar kalori dalam badan.

Namun, harus diingat senaman yang berlebihan juga boleh menyebabkan anda dehidrasi. Jaga kesihatan dan semoga informasi ini bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI