“Kami reda..” – Ibu Achey meninggal dunia

Iklan
IBU ACHEY MENINGGAL DUNIA

PELAWAK Achey reda dengan pemergian bonda tercinta, Ngaisah Hassan, 74, yang meninggal dunia sekitar jam 12.46 tengah malam tadi.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 36, berkongsi berita duka tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagramnya dan reda dengan pemergian Allahyarham ibunya pada penghujung Ramadan ini.

Iklan
Iklan

"Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik kerja.

"Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik. Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” tulisnya sayu.

Iklan

Dalam pada itu, Achey turut memberitahu keluarganya memerlukan bantuan van jenazah untuk membawa jasad ibunya dari Johor Bahru ke Segamat bagi urusan pengebumian.

Sebelum ini Achey memaklumkan keadaan kesihatan ibunya berada dalam keadaan tidak menentu dan kerap keluar masuk hospital.

Iklan

Situasi itu menyebabkan pelawak itu mengambil keputusan untuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap minggu untuk menjaga arwah. Malah, difahamkan arwah juga baru sahaja selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.

Berita duka tersebut turut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan selebriti yang turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Achey sebaik sahaja mendapat tahu perkhabaran duka tersebut.