BAZAR Ramadan Putrajaya antara destinasi syurga makanan yang cukup popular di negara ini setiap kali menjelang bulan puasa.
Difahamkan terdapat lebih 1,000 menu menarik ditawarkan di sana.
Pun demikian, antara sajian yang meniti pada bibir pengguna ialah Mee Tonggek Udang Galah dan Mee Tonggek Sotong XXL yang diusahakan Mahadzir Zakaria.
Mana tidaknya, udang dan sotong bersaiz jumbo yang disediakan untuk kulinari berkenaan cukup menangkap perhatian ramai.
Berkongsi keunikan menu viral tersebut, anak jati Kedah itu memberitahu, sajian istimewa Mee Tonggek hanya dijual pada bulan Ramadan sejak 12 tahun lalu.
"Apa yang saya boleh katakan, sajian ini memang berjaya memikat hati pelanggan.
"Olahan resipi tersendiri dengan sos, kicap dan sambal dibuat sendiri yang rasanya lain daripada lain ditambah udang dan sotong segar memang membuatkan hidangan ini laku keras.
Baca juga Resipi ayam percik tiga generasi laku keras, 250 batang sehari memang tak cukup
"Bagi menyedapkan lagi rasa, udang galah dan sotong dimasak secara berasingan menggunakan sos mi goreng yang likat sebelum dicurahkan ke dalam dulang jualan," katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.
Mengakui kos barang mentah membebankan, namun akui usahawan berusia 42 tahun tersebut, dirinya mengambil untung daripada jualan mi, kuetiau, bihun dan maggi goreng yang berharga RM4 sahaja.
"Untuk sajian Mee Tonggek sahaja, sebanyak 1,000 bungkusan boleh terjual pada hujung minggu berbanding 800 pek pada hari biasa manakala sebanyak 200 ekor udang dan sotong licin setiap hari," ceritanya yang menjual setiap set pada harga RM25.
Mee Tonggek Udang Galah & Sotong XXL
- Alamat: Bazar Ramadan Putrajaya, Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya
- Waktu operasi: Bermula jam 3 petang
- Menu signatur: Mee Tonggek Udang Galah dan sotong XXL
- Harga: Bermula RM4 hingga RM25
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI