Sambal lado telur goyang pemikat selera, sedap buat sahur

Iklan
Sambal lado telur goyang pemikat selera, sedap buat sahur

INGINKAN lauk sedap kadang-kadang tak perlu masak yang susah, hidangan sambal telur sahaja pun dah cukup menyelerakan.

Iklan
Iklan

Sambal harus dimasak dengan lama supaya cilinya betul-betul masak dan mengelakkan daripada sakit perut.

Sambal lado telur goyang ini menu yang sangat simple. Bahan yang digunakan pun semua ada di dapur sahaja, boleh sediakan bila-bila masa.

Iklan

Bahan-bahannya;

Iklan

  • 3 biji telur pecahkan dekat mangkuk

Bahan tumbuk;

  • 15 biji cili padi
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit ikan bilis
  • 1/2 labu bawang besar ditumbuk halus
  • Air asam jawa

Baca juga Paru goreng berlado memang terangkat habis

Cara-cara membuatnya;

1. Panaskan satu senduk minyak. Tumiskan bahan ditumbuk.

2. Masukkan 1 sudu besar gula. Tumis sampai garing.

3. Setelah kelihatan garing, tuangkan telur di tiga bahagian kuali.

Baca juga Nasi Daging Utara sedap dan mudah, aromanya membangkitkan selera

4. Tuangkan air asam jawa yang dibancuh dalam lesung yang digunakan untuk menumbuk bahan tadi.

5. Tutupkan dengan penutup periuk dalam 15 saat. Buka semula dan masukkan garam serta perasa. Siap dan sedia dihidang.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Azlina Ina Fans

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI