BARU-baru ini tular klip siaran langsung Instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza menangis di hadapan Kaabah.
Menerusi perkongsian itu, Siti berkata bahawa dia merindui momen menjadi seorang yang tidak dikenali ramai.
"Saya suka duduk macam ni dengan orang ramai, orang tak kenal saya pun dan masing-masing sedang berdoa yang terbaik.
"Ini yang sangat-sangat saya rindui,” ujar Siti.
Difahamkan Siti mengerjakan umrah tanpa suami di sisi dan hanya ditemani kakak ipar, Datuk Zaiton Mohd Jiwa dan pengurus, Rozi Abdul Razak.
"Alhamdulillah ALLAH makbulkan, walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya adalah satu rahmat buat saya.
Baca juga: "Perjalananku kerana-Mu Ya Allah,” - Siti Nurhaliza tunai ibadah umrah
"Dia tahu saya sangat-sangat rindukan Makkah, Kaabah,” katanya.
Klip siaran langsung itu turun dimuat naik ke dalam aplikasi TikTok dan turut mendapat reaksi daripada netizen bahawa tidak dikenali ramai merupakan kehidupan yang sebenarnya.
Berikut adab-adab yang perlu diamalkan sebaik melangkah ke tanah suci Makkah:
- Sikap kebergantungan hanya kepada ALLAH SWT bukannya kepada manusia mahupun mahkluk lain selain ALLAH.
- Menyedari diri sebagai tetamu ALLAH.
- Menunjukkan akhlak yang mulia.
- Perbanyakan ibadah seperti tawaf, membaca al-Quran, berdoa, beristighfar dan bertaubat.
- Menyedari perjalanan haji/umrah merupakan satu ibadat yang harus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
- Bersyukur dan reda dengan segala kemudahan, makanan dan tempat tinggal.
- Menjaga pertuturan dan tingkah laku.
- Elakkan pertengkaran dan menyakitkan hati jemaah yang lain.
- Elakkan kelakuan menyampaikan cerita yang tidak berasas.
- Sentiasa mengamalkan sikap suka membantu dan bekerjasama.
Baca juga: Tubuh Zamani semakin bongkok, berikut 9 fakta mengenai penyakit yang dialami
Kredit video: Kick_kapoor8989
Sumber: mywilayah
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI