PADA hari-hari nak menjelang raya ini, SinarPlus akan kongsikan resipi istimewa kepada semua menggunakan coklat Cadbury kegemaran ramai seperti yang dicadangkan jenama itu.
Cadbury Daily Milk ingin mengajak rakyat Malaysia menyemarakkan keikhlasan dan kasih sayang kepada rakan taulan dan ahli keluarga dengan membuat Kuih Raya Dari Hati hasil air tangan kita sendiri menggunakan kertas lapik pembakar dan resipi Cadbury yang mudah dan lazat.
Untuk memastikan semua orang termasuk kanak-kanak boleh membuat kuih, jenama konfeksi terkemuka di Malaysia itu telah bekerjasama dengan cef selebriti, Anis Nabilah baru-baru ini untuk membimbing kita semua.
Anda boleh layari www.resipiraya.cadburyoreo.com.my untuk melihat penstriman langsung itu.
Namun, jika tidak, kami nyatakan secara terperinci beberapa resipi, bahan-bahan dan cara penyediaan yang begitu mudah untuk disediakan.
BACA JUGA Resipi ayam percik tiga generasi laku keras, 250 batang sehari memang tak cukup
Memang tak cukup sebalang, 8 resipi biskut guna coklat Cadbury yang sedap tak terkata
Untuk lebih mudah, disertakan ilustrasi juga.
Memang rugi kalau kalian tidak cuba. Jom meriahkan dapur beramai-ramai!
1. CHEESEKUT OREO
Bahan-bahan A
250 g Krim Keju PHILADELHPIA
½ cup Susu pekat manis
¼ cup DUTCH LADY Susu Penuh Krim
Secubit garam
Bahan-bahan B
250 g Biskut Krim Kraker JACOB’S Original
½ cup DUTCH LADY Susu Penuh Krim
1½ pack Biskut OREO Original
(200g)
Cara penyediaan:
1. Putar kesemua bahan A sehingga kembang/gebu.
2. Masukkan susu penuh krim dalam satu mangkuk dan mula rendamkan biskut krim kraker (Bahan B).
3. Alas bahagian paling bawah dengan krim kraker yang telah direndam.
4. Diikuti dengan lapisan keju krim yang telah diputar.
5. Kemudian lapisi dengan biskut OREO yang telah dihancurkan.
6. Ulangi langkah 3 hingga 6 dan hiasi lapisan terakhir keju krim dengan biskut oreo hancur.
7. Masukkan dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam, sebaiknya semalaman.
2. OREO LIME CHEESE
Bahan-bahan (crust)
2 paket Biskut OREO Original (266 g) (dihancurkan halus tanpa krim)
100 gram (g) Mentega (suhu bilik)
3 sm Tepung Gandum
2 sm Gula Kastor
Bahan-bahan (filling)
250g Keju Krim PHILADELPHIA
100g Gula Kastor
1 Telur
1½ tbsp Jus Limau Nipis
Hiasan
50 g Coklat CADBURY DAIRY MILK (dicairkan, bersama 8g mentega koko)
Cara penyediaan:
1. Gaul sebati kesemua bahan crust termasuk krim OREO yang diasingkan tadi sehingga seakan-akan menjadi doh.
2. Kemudian kisar kesemua bahan filling sehingga halus.
3. Menggunakan acuan, bentukkan crust dengan ketebalan bersesuaian dan isikan filling di bahagian tengah.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 10 – 12 minit atau filling sedikit naik.
5. Sejukkan dengan membuka sedikit pintu oven untuk tempoh 15 minit baru keluarkan dari oven sepenuhnya.
6. Masukkan coklat cair ke dalam beg pastry dan lorekkan pada permukaan sebagai hiasan.
1. Gaul sebati kesemua bahan crust termasuk krim OREO yang diasingkan tadi sehingga seakan-akan menjadi doh.
2. Kemudian kisar kesemua bahan filling sehingga halus.
3. Menggunakan acuan, bentukkan crust dengan ketebalan bersesuaian dan isikan filling di bahagian tengah.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 10 – 12 minit atau filling sedikit naik.
5. Sejukkan dengan membuka sedikit pintu oven untuk tempoh 15 minit baru keluarkan dari oven sepenuhnya.
6. Masukkan coklat cair ke dalam beg pastry dan lorekkan pada permukaan sebagai hias.
3. OREO MILKSHAKES
Bahan-bahan
1 cawan Susu
2 cawan Vanilla ice-cream, dicairkan
½ cawan OREO Crumbs atau BIskut OREO Original,
hancur kasar
Untuk salutan
¼ cawan OREO Crumbs, hancur halus
Cara penyediaan:
1. Kisar susu, ice-cream dan ½ cawan OREO crumbs atau biskut OREO original dalam mesin pengisar sehingga seba.
2. Tuang ke dalam 4 cawan.
3. Hiaskan dengan OREO crumbs.
4. Hidang segera.
4. KUIH BAULU OREO
Bahan-bahan
5 biji Telur
80g Gula
128g Tepung, diayak
70g Biskut OREO Original, hancur kasar
20g Madu
Cara penyediaan:
1. Panaskan ketuhar dan acuan kuih bahulu pada suhu 200°C.
2. Pukul telur dan gula dengan kelajuan tinggi menggunakan mesin pengaduan tangan selama 5 minit sehingga aduan
menjadi sedikit pekat.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi selama 2 minit. Masukkan madu dan gaul sekata.
4. Beruskan sedikit minyak pada acuan dan taburkan biskut OREO yang telah dihancurkan.
Tuangkan aduan sehingga hampir penuh.
5. Letakkan acuan diatas dulang rak. Letakkan dulang rak dibahagian tengah ketuhar. Bakar menggunakan api
atas bawah. Bakar selama 12 minit.
6. Keluarkan dari acuan, dan sejukkan diatas jaring penyejuk.
5. CADBURY BATIK CAKE
Ada banyak lagi resipi yang dicadangkan. Kalian boleh layari www.resipiraya.cadburyoreo.com.my.
Satu lagi, Cadbury turut menawarkan peluang untuk merebut hadiah lumayan bernilai hingga RM20,000 dengan hanya mendaftar.
Hadiah yang disediakan termasuklah sebuah peti sejuk berjenama premium, sebuah ketuhar elektrik, dan banyak lagi.
Kepada yang mendaftar awal turut berpeluang untuk memenangi kit istimewa yang mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Raya Dari Hati ini.