MENU laksa memang memang ada pelbagai jenis cara masakan dan penggunaan bahan-bahannya mengikut negeri masing-masing.
Paling popular pastinya laksa utara dan laksa johor.
Pada penghujung Ramadan ini, SinarPlus ingin kongsikan laksa johor yang padu hasil resipi sentuhan pengguna Facebook, Nurha Muhammad.
Menariknya, Nurha menggunakan ikan parang untuk membuat kuahnya, berbeza daripada kebanyakan kita yang lebih suka menggunakan ikan sardin.
Beliau juga meletakkan sedikit udang kering dan kerisik. Hmmm...admin pun nak cubalah. Rasanya mesti power!
Kalau mahu masak untuk berbuka pun sedap dan mengenyangkan. Seandainya kalian bercadang untuk jadikan menu untuk dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah, pun elok jua.
Baca juga Ikan Selar masak rendang Padang mudah, menyelerakan!
Kalau nak buat rumah terbuka, jamu tetamu dengan laksa Johor pun apa salahnya kan?
Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya:
BAHAN-BAHAN
1 paket spageti
BAHAN A
700 gram ikan parang (rebus dan asingkan isi)
2 sudu makan udang kering (rendam sekejap)
Sedikit isi ikan kurau masin (rendam)
10 ekor udang basah
BAHAN B
3 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
1/2 inci kunyit (kisar)
2 batang serai (kisar)
200ml santan pekat
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
2 asam keping
Garam
Gula
Bahan perasa
BAHAN ULAMAN
Limau kasturi (hiris dua bahagian)
Timun (hiris membulat)
Taugeh
Bawang besar (dihiris)
Daun kesum (dihiris)
Bunga kantan (dihiris)
Lobak asin halus
Sambal belacan
Daun selasih
Cara penyediaan:
1. Rebus spageti sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
2. Untuk bahan kuah, panaskan minyak dan masukkan semua bahan B. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Setelah rempah garing, masukkan rempah kari dan kerisik. Kacau lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan bahan A iaitu ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin yang telah dikisar.
5. Masukkan asam keping dan tambah air secukupnya. Jangan terlalu cair.
6. Masak sehingga mendidih dan pekat.
7. Kemudian, masukkan santan pekat diikuti dengan dua mangkuk air.
8. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
9. Masak sehingga kuah pekat menggunakan api perlahan selama lebih kurang satu jam.
10. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama bahan ulaman tadi.
Apa yang pasti, laksa Johor memang sangat sedap walaupun penyediaannya sedikit rumit!
Boleh cuba buat ni. Tahu-tahu habis licin semua kalau dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI