Nasi beriani resipi original dari jiran asal Pakistan, juadah enak di hari raya

Iklan
nasi beriani

RAYA Aidilfitri bakal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi, jadi dah ada idea nak masak apa untuk tetamu yang akan bertandang ke rumah?  

Jika belum ada idea lagi, SinarPlus ingin berkongsikan satu resipi yang boleh dimasukkan ke dalam senarai menu hari raya kelak iaitu Nasi Beriani Pakistan.

Iklan
Iklan

Terima kasih kepada pengguna Facebook, Mahathir Muhamad kerana berkongsi resipi ini di dalam entrinya.  Menurutnya, resipi ini diberi oleh jirannya yang berasal dari Pakistan. 

Sedap jugakan selain ketupat, rendang, lemang, ada pula nasi beriani Pakistan.

Iklan

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

Iklan

  • 1kg beras basmati 
  • Ayam atau kambing 
  • 1 tin susu cair
  • 1 biji lemon
  • 10 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 4 sudu besar serbuk ketumbar
  • 10 biji cili hijau
  • 5 biji tomato merah
  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • 1 ½ kg air
  • 2 senduk minyak sapi
  • Garam
  • Perisa ayam 

Baca juga: Paru Goreng Berlado Memang Terangkat Habis

Cara memasak

  1. Rendam beras selama 30 minit.
  2. Seterusnya, hiris bawang besar, cili hijau, tomato, daun ketumbar dan daun pudina. 
  3. Kisar bawang putih dan halia. 
  4. Kemudian, panaskan minyak sapi dan goreng bawang sehingga keperang-perangan.
  5. Masukkan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
  6. Setelah naik bau masukkan cili hijau, daun ketumbar, daun pudina, tomato, rempah, air dua senduk kemudian, tumis sehingga pecah minyak.
  7. Seterusnya, masukkan ayam atau kambing dan masukkan susu, lemon dan masak sehingga empuk. 
  8. Masukkan air dan biarkan mendidih. 
  9. Masukkan pula beras, garam dan perasa ayam kemudian gaul sehingga sebati dan masak seperti biasa sehingga air kering. Siap dan sedia untuk dihidangkan. 

Tak susah pun masak nasi beriani ini, hanya perlukan sukatan yang tepat dan patuh kepada cara penyediaan. 

Nasi beriani Pakistan ini sesuai dimakan bersama kari kambing, jelatah mahupun ayam masak merah, memang terangkat habis!

Selamat mencuba!

Baca juga: Jangan 'Derhaka' Pada Resipi, Mi Sup Daging Pasti Digemari

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI