Rendang, ketupat, lemang, sambal kacang dan pelbagai jenis kuih-muih semestinya menjadi santapan atau menu utama.
Apa-apa pun kena ingat juga ya, setiap makanan yang masuk ke dalam perut mempunyai kolesterol jahat yang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Disebabkan itu, SinarPlus akan kongsikan kepada tip mencegah peningkatan kolestrol ketika beraya seperti yang dikongsikan oleh Popmama. Berikut adalah perinciannya:
i. Jaga pengambilan makan
- Memang sukar untuk menjaga dan mengawal pemakanan lagi-lagi ketika musim perayaan. Kalau boleh semua makanan kita nak makan walaupun tahu kolesterol tinggi kan?
Baca juga Suami kerap perlekeh badan isteri terlalu gemuk hingga jadi punca penceraian, ini nasihat pakar
- Merujuk Pakar Kesihatan Klinik Siloam Kebon Jeruk, Dr Sheena R Angelia berkata, penggunaan sterol tumbuhan secara rutin dapat mengelakkan kenaikan kolesterol.
- Hidangan seperti daging berlemak, makanan berlemak, kuih kering, kek, hidangan bersantan, bergoreng boleh menyebabkan kolesterol meningkat.
- Dr Sheena mencadangkan kita mengambil sterol tumbuhan secara rutin. Malah, produk yang mengandungi sterol tumbuhan juga selamat untuk warga tua.
- Melalui carian internet, SinarPlus mendapati, sterol tumbuhan boleh ada dalam beberapa produk seperti marjerin, jus oren, granola, beberapa jenis minyak masak, kuah salad dan yogurt.
- Dalam pada itu, pakar itu berkata, terdapat kajian mengenai pemberian minuman susu yang diperkaya dengan sterol tumbuhan menjadikan saluran gastrousus golongan tua berfungsi secara optimum dalam menyerap sterol tumbuhan.
- Jadi, beliau berharap ia dapat menurunkan kadar kolesterol untuk golongan tua.
ii. Minum air kosong dengan banyak
- Pakar Pemakanan dan Profesor, University of Texas Southtwestern Medical Centre, Lona Sandon berkata, tiada kajian bahawa pengambilan air boleh menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit.
- Bagaimanapun, kajian dari University of Birmingham, England mendapati orang yang minum air kosong sebelum makan akan cenderung makan sedikit dan kurang memilih makanan berkolesterol tinggi.
- Jadi, minum air sebelum makan boleh mengubah corak pengambilan dan pemakanan seseorang menjadi lebih sihat sekali gus mencegah kolesterol.
- Selain itu, air kosong juga mampu mengekalkan pertumbuhan sel dan mengawal suhu dalaman badan melalui peluh dan pernafasan.
- Ia juga membantu mengagihkan dan menghantar karbohidrat, protein serta nutrien ke dalam organ dan otot badan supaya tidak berlaku pengumpulan lemak dalam saluran darah.
iii. Bersenam
- Selalunya lepas aktiviti kunjung-mengunjung dan menjamu selera hidangan yang sedap, kita pasti terus berehat atau mungkin juga ada yang terus tidur.
- Perlu diingat, aktiviti bersenam juga penting ketika Hari Raya ini.
- Ia boleh menyingkirkan kolesterol yang berlebihan selepas makan.
- Jangan risau, banyak juga aktiviti bersenam yang boleh dilakukan di rumah sahaja.
- Anda juga boleh berlari, berjalan pantas atau mungkin aktiviti yoga bersama keluarga.
- Jangan ingat perayaan tidak perlu bersenam ya!
Diharapkan tiga perkara tersebut boleh membantu anda mengurangkan kadar kolesterol ketika musim perayaan.
Bukan sahaja kesihatan anda berada pada tahap terbaik, malah anda tidak perlu risau kenaikan berat badan yang mendadak ketika beraya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat! #kitajagakita
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI