Beli produk Hada Labo Premium Whitening, RM1 akan didermakan untuk kempen 'We Care For Society'

Iklan
feature-hada labo

TERDAPAT banyak cara untuk kita zahirkan keprihatinan dan sokongan.

Iklan
Iklan

Bagi jenama kecantikan terkenal Jepun, Hada Labo mereka buat kali ketiganya melaksanakan kempen We Care For Society sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Iklan

Kali ini, tukang jahit dan juga pembuat biskut wanita dalam golongan B40 diberi perhatian.

Iklan

Menurut Ketua Pegawai Operasi WoW, Lakshwin Muruga, seramai 12 usahawan wanita B40 di Pusat Jahit Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang akan ditugaskan untuk menjahit 1,500 topeng muka.

Sementara, 10 usahawan wanita B40 dari PPR Batu Muda akan membakar 10,000 keping biskut untuk diedarkan kepada 500 keluarga yang tinggal di lima kawasan berbeza PPR di sekitar Lembah Klang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi WoW, Lakshwin Muruga, WoW menjalankan pelbagai projek untuk membantu meningkatkan kehidupan wanita yang kurang bernasib baik dengan memperkasakan mereka dengan kemahiran dan mengajar mereka untuk berdikari.

"Kami bersyukur kerana mempunyai Hada Labo sebagai rakan kongsi jangka panjang dalam menyokong usahawan B40. Sejak dua tahun lalu, sumbangan daripada jenama ini telah membantu 230 usahawan wanita B40 untuk mengekalkan perniagaan mereka dan seterusnya membantu mereka menyara keluarga.

"Ia juga memberi manfaat kepada 300 keluarga daripada tiga PPR dengan projek pengedaran biskut raya. Tahun ini, sumbangan itu akan terus memberikan kegembiraan kepada komuniti golongan B40 dan usahawan wanita,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen juga sependapat dengan Lakshwin.

Melalui Kempen Hada Labo, We Care For Society kami akan terus menyokong usahawan wanita B40 dengan kutipan dana. Kami percaya perniagaan masih terjejas akibat Covid-19, ditambah dengan inflasi pasaran semasa. Jadi, kami harap dana yang disediakan akan memberikan sedikit kelegaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyokong kempen murni berkenaan boleh berkunjung ke kedai Watsons dan membeli mana-mana produk Hada Labo Premium Whitening.

RM1 daripada hasil jualan setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watson di seluruh negara bermula dari 5 April hingga 9 Mei depan akan didermakan kepada tabung kempen berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook MyHadaLabo.