Kulit bersih tanpa cela dalam masa 2 minggu dengan Eucerin ProACNE Solution Triple Effect Serum

Iklan
feature eucerin acne

JENAMA penjagaan kulit dermatologi terkenal global, EUCERIN memperkenalkan

inovasi terbaharunya, ProACNE Solution Triple Effect Serum dengan thiamidol

Iklan
Iklan

Thiamidol ialah bahan aktif eksklusif yang dipatenkan oleh Eucerin dalam  projek penyelidikan yang dijalankan selama 10 tahun.

Iklan

Ia antara lain mengurangkan kesan jerawat atau PHI dengan menangani punca utama penghasilan melanin dalam kulit.

Iklan

Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, Ng Hock Guan, produk yang dilancarkan baru-baru ini merupakan tambahan kepada rangkaian penjagaan jerawat terkemuka Eucerin, ProACNE Solution.

Hock Guan berkata, Triple Effect Serum telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kesan jerawat sehingga 80 peratus.

Hasil pertama akan dapat dilihat oleh pemakain dalam masa dua minggu dan penambahbaikannya akan berterusan dari semasa ke semasa.

"Kami berbangga memperkenalkan inovasi serum antijerawat ini yang akan mengubah kehidupan ramai pengguna.

"Dengan membantu mempercepatkan tempoh pudar tanpa kesan jerawat, inovasi hebat ini menawarkan kelegaan fizikal dan emosi yang dapat meningkatkan kualiti hidup. Keberkesanannya akan dipertingkatkan jika Eucerin ProACNE Solution Day Bright Mattifying SPF30 digunakan bersama," katanya.

Dijual pada harga RM115, Triple Effect Serum boleh dibeli di farmasi terkemuka di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Eucerin Malaysia www.eucerin.my.