Program hiburan menarik meriahkan raya di Suria FM

Iklan
SURIA FM RAYA

STESEN radio Suria FM yang berjaya mencatatkan jumlah pendengar mingguan hampir 3.5 juta pendengar hasil keputusan kaji selidik GFK terbaharu, terus konsisten menyajikan seleksi program menarik sempena sambutan Aidilfitri.

Mengangkat tema Nikmati Bersama, Suria menampilkan program Takbir Raya Suria 2022, Carta Suria Top 40 Raya, Team Pagi Suria Raya, Lagu Raya Suria 2022 dan drama raya Dodol Tak Bergula.

Iklan
Iklan

Dodol Tak Bergula yang dilancarkan di saluran YouTube Suria pada 22 April lalu menampilkan lakonan daripada barisan penyampai Suria FM seperti DJ Lin, Sharifah Shahira, Tyzo, Suraya Borhan, Cik Piah, Fizi Ali, Ajak dan Anna J. Bintang veteran, Wan Maimunah pula tampil sebagai sebagai pelakon jemputan.

Sementara itu, Kempen Kotak Infak Suria yang dilancarkan mulai 8 April lalu mendapat sambutan ramai di mana hampir 200 kotak telah terjual dan akan disalurkan kepada golongan muaalaf dan anak-anak Asrama Darul Falah dibawah jagaan Organisasi Perkim.

Iklan

Program, Pengagihan Pengagihan Kotak Infak Suria yang diadakan di Perkim Jalan Ipoh dan dimeriahkan dengan kehadiran para penyampai Suria FM, kumpulan Inteam serta Sarah Suhairi pula akan disiarkan pada 28 April.

Selain itu, Suria juga tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Pelukan Aidilfitri. Menariknya, muzik video lagu raya ciptaan Achoi Floor 88 dan Oja tersebut turut menyaksikan penampilan istimewa pelakon Wan Maimunah.

Iklan

Kesemua program raya itu boleh didengarkan di frekuensi Suria FM dan turut boleh ditonton menerusi platform digital serta laman media sosial Suria Malaysia.

(FOTO: Suria FM)