Penumpang bas ekspres disyaki dicabul pemandu, wanita wajib tahu 5 perkara ini

Iklan
Gadis diperkosa ketika menjalani rawatan tuberkulosis di ICU

BUKAN sekali dua, kes cabul di dalam bas berlaku di negara kita. Malah, kes tersebut berleluasa walhal di dalam rumah sendiri!

Ia dilihat tidak berkesudahan apabila nafsu mengatasi segalanya.

Iklan
Iklan

Seperti kejadian yang terjadi baru-baru ini kepada seorang wanita berusia 21 tahun yang mendakwa dirinya dicabul ketika tidur di dalam bas ekspres.

Dia disyaki melalui detik hitam itu ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka pada Ahad lalu oleh pemandu kedua bas ekspres berkenaan.

Iklan

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berikut info kejadian;

1. Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sejurus selepas bas ekspres berkenaan tiba di Terminal Melaka Sentral kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Iklan

2. Mangsa yang juga penuntut maktab perguruan di Melaka mendakwa diraba oleh suspek semasa bas ekspres itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira pukul 4 pagi.

3. Berdasarkan maklumat itu, pihak polis terus menahan pemandu kedua yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu, sebaik sahaja bas tiba di Melaka Sentral.

4. Wanita itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah pada pukul 12 tengah hari (semalam) dan kes akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Baca juga Peningkatan kos, Eco-Shop bakal naik harga RM2.40 berperingkat 1 Jun?

Sementara itu Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam hantaran di Facebook rasminya menggesa golongan wanita agar tidak berdiam diri apabila menjadi mangsa cabul, terutama ketika menggunakan pengangkutan awam.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi satu video berdurasi tiga minit 41 saat di Facebook, selepas menerima pesanan di akaun media sosial berkenaan bagi meminta bantuan berkaitan kejadian itu.

Justeru itu, bagi wanita yang mungkin menghadapi masalah seumpama ini pada masa akan datang, berikut adalah panduan tentang apa yang perlu dilakukan;

APA MANGSA GANGGUAN SEKSUAL PERLU LAKUKAN?

  1. Beritahu pelaku bahawa perbuatan mereka ke atas diri anda tidak dibenarkan.

2. Rekodkan insiden berkenaan dengan mengenalpasti identiti pelaku, masa dan tarikh, lokasi dan jenis gangguan yang dilakukan. Catatkan juga maklumat saksi yang ada di tempat kejadian.

3. Dapatkan sokongan emosi daripada keluarga dan orang sekeliling. Buat laporan polis secepat mungkin.

4. Dapatkan bantuan persatuan atau NGO untuk mendapatkan sokongan, jika perlu.

5. Penting untuk korang tahu jenis-jenis gangguan seksual yang mungkin berlaku.

Lindungi diri daripada pelaku-pelaku yang tidak bertanggungjawab!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI