Shaheizy Sam, Syatilla timang anak ketiga

Iklan
SHAHEIZY SAM-SYATILLA MELVIN

PELAKON dan usahawan, Syatilla Melvin selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga bayi perempuan secara pembebedahan di salah sebuah pusat perubatan di Ampang pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga aktor, Shaheizy Sam menerusi hantaran terkini di akaun Instagram.

Iklan
Iklan

Menurut Sam, kedua-dua ibu dan anak itu kini berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi.

"Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. Terima kasih atas doa-doa semua," tulisnya.

Iklan

Menerusi perkongsian terdahulu, difahamkan Syatilla akan melalui proses berpantang di kediaman ibu Sam, pelakon Khaty Fauziah di Melaka.

Iklan

Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3.

Syatilla bagaimanapun sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.