BARU-baru ini kecoh di laman sosial tentang kehabisan bahan api RON95. Di kala jutaan kenderaan memenuhi lebuh raya untuk pulang menyambut 1 Syawal, warga maya berkongsi kekecewaan apabila stesen minyak di kebanyakan lebuh raya utama kehabisan bahan api itu.
Insiden diluar jangkaan itu membebankan mereka yang dalam perjalanan pulang ke perantauan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.
Dalam perkembangan terbaru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peningkatan mendadak jumlah kenderaan antara punca yang bersangkut paut.
[caption id="attachment_81054" width="800"] Foto: Twitter @shasyaedora[/caption]
Selain daripada itu, isu kelewatan kapal tangki membawa minyak sampai ke terminal juga menjadi penyebab. Difahamkan kelewatan kapal tangki yang membawa minyak untuk sampai ke terminal di Bagan Luar, Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang adalah antara faktor utama.
Di samping itu, isu kapasiti tangki simpanan di stesen minyak antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada isu bekalan petrol RON95 terjejas di beberapa kawasan.
Penyelesaian tuntas jangka pendek dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu dengan mengambil dua langkah penyelesaian jangka pendek.
Menurut Bernama, KPDNHEP bekerjasama pihak Kementerian Pengangkutan bagi mempercepatkan pelepasan kapal-kapal minyak dan keduanya, pihak KPDNHEP melakukan pemantauan berterusan supaya tidak berlaku penyelewengan ke atas bekalan bahan api kenderaan terutamanya petrol RON95.
Pihak kementerian ingin menyarankan orang ramai supaya buat sementara ini beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang berhampiran berbanding jenama minyak syarikat tertentu yang menjadi kebiasaan digunakan kerana bukan semua stesen minyak menghadapi masalah bekalan terputus ini," katanya.
Baca juga: Peningkatan kos, Eco-Shop bakal naik harga RM2.40 berperingkat 1 Jun?
LIMA INFO RON95 DAN RON97
- RON adalah akronim merujuk kepada Research Octane Number atau keupayaan petrol untuk beroperasi pada tekanan dan suhu yang tinggi pada enjin sebelum dinyalakan oleh spark plug. Petrol jenis ini biasanya digunakan pada enjin berprestasi tinggi.
2. RON mempuyai kandungan sulfur yang sangat minimum.
3. Menggunakan RON 97 dalam enjin yang biasa tidak akan menambah ‘power’ sesuatu enjin kerana kandungan hidro karbon dalam kedua dua petrol adalah sama. Namun menggunakan RON 95 dalam enjin prestasi tinggi akan menyebabkan enjin mengalami masalah pengurangan kuasa dan kecekapan.
4. Jika syarikat pengeluar kenderaan mencadangkan penggunaan RON95 (ditulis pada penutup petrol), maka kenderaan anda sesuai untuk petrol RON95 atau lebih tinggi iaitu RON97.
5. RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B kerana setiap petrol berlainan jenama adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI