TULAR rakaman sebuah kereta terbakar tiba-tiba meluncur laju mengundur sehingga menghentam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Kejadian dipercayai berlaku sewaktu perjalanan menghala ke Genting Highland, Pahang.
Menurut rakaman awal yang dikongsi oleh pengguna TikTok @Kasman, kenderaan itu terbakar di lorong kecemasan. Api mulai merebak dari bahagian hadapan kereta.
Namun, kebakaran itu cuba dipadamkan oleh seorang pengguna jalan raya dengan menggunakan alat pemadam api.
Bagaimanapun, menerusi video lain yang dikongsi pengguna TikTok, @ren.pmx pula memaparkan belum sempat kebakaran itu dipadamkan, kereta itu pun bergerak mengundur.
Baca juga: Rakaman kebakaran Tunjungan Plaza tular, berikut tip keselamatan ketika kebakaran
Keberanian lelaki yang cuba memadamkan kebakaran itu turut dipuji oleh warganet.
"Kagum dengan lelaki India itu, kerana berani ke sana, moga tuhan merahmati jiwa baik ini.”
Bukan itu sahaja, menerusi ruangan komen itu juga yang berpendapat untuk mewajibkan alat pemadam kebakaran ada di dalam setiap kenderaan.
Baru-baru ini sahaja ada juga kes kereta terbakar sehingga meragut nyawa. Justeru, amat penting untuk mengetahui enam tanda kemungkinan kereta akan terbakar, seperti berikut:
1. Fius terputus
Kebakaran mungkin disebabkan oleh fius terputus kerana haba yang berlebihan atau terdapat beberapa masalah pada sambungan elektrik.
2. Bunyi ekzos yang kuat
Sekiranya ekzos mengeluarkan bunyi yang kuat seolah-olah bunyi dentuman, itu petanda bahawa adanya api di bawah atau belakang kereta.
3. Suhu enjin meningkat
Jika tiba-tiba suhu enjin kenderaan anda meningkat, itu adalah petanda bahawa berlaku kebakaran di bawah bonet atau di ruang enjin.
4. Paras bendalir rendah
Tanda awal berlakunya kebakaran adalah penurunan paras bendalir seperti minyak, minyak petrol turun dengan mendadak.
5. Kegagalan tayar untuk berfungsi
Sekiranya berlaku kebakaran di bahagian bawah kereta, tayar berkemungkinan akan pecah.
6. Bau terbakar
Petanda kereta anda sedang terbakar adalah dengan kehadiran bau seperti getah atau plastik yang terbakar.
Pastikan sebelum anda meneruskan perjalanan, lakukan pemeriksaan enjin dan tayar terlebih dahulu.
Semoga informasi ini memberi manfaat!
Sumber: acko
Baca juga: 6 perkara penting berkaitan fenomena langit merah di bandar raya China
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI