Kek pisang coklat sedap di rumah terbuka, mudah disediakan hanya 6 langkah

Iklan
kek coklat

WALAUPUN bukan satu kewajiban tetapi rumah terbuka seolah-olah menjadi satu acara wajib bagi sesetengah individu. 

Bagi mereka, rasa tidak lengkap Syawal sekiranya rumah terbuka tidak dilakukan. 

Iklan
Iklan

Pada kali ini, SinarPlus ingin berkongsikan satu resipi pemanis mulut yang sesuai dihidangkan kepada tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka nanti iaitu kek pisang coklat. 

Iklan

Pergh… dengar saja kek pisang rasa sungguh terliur!

Terima kasih kepada pengguna Facebook, Fatimah Saari kerana berkongsikan resipi kek ini di dalam entri beliau. 

Iklan

Berikut bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

Baca juga: Nampak sama tapi bukan dia, wajib cuba resipi Biskut Choc Chip ala Famous Amos

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan minyak jagung
  • 2 biji telur grad A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ½ cawan gula icing/gula perang
  • 4 biji pisang berangan (dilenyekkan)
  • Coklat coin Beryl’s
  • Pisang sebagai hiasan
  • Loyang 8x8 (jika ada)

Cara penyediaan

  1. Buang kulit pisang kemudian, lenyekkan sehingga pisang menjadi lumat. 
  2. Masukkan gula, minyak, telur, esen vanila, serbuk soda bikarbonat dan serbuk penaik kemudian, kacau sehingga adunan menjadi sebati. 
  3. Seterusnya, masukkan tepung gandung ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. 
  4. Kemudian, masukkan coklat coin Beryl’s dan kacau sebentar. 
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan susun pisang yang telah dipotong ke atas adunan. 
  6. Bakar adunan menggunakan ketuhar selama 35 minit dengan suhu 160 darjah celcius. 

Setelah ia masak, siap untuk dihidangkan!

Haa… mudahkan resipi kek pisang coklat ini?

Selamat mencuba!

Baca juga: Mudahnya buat biskut sarang semut, hanya 8 langkah

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI