SETIAP kali Syawal menjelma, Aidilfitri disambut meriah di seluruh pelusuk tanah air.
Ziarah rumah ke rumah, menikmati juadah seperti ketupat, rendang serta lemang sudah tentu memberi seribu satu keceriaan ketika meraikan hari kemenangan buat umat Islam itu.
Tidak dilupa amalan rumah terbuka juga menjadi salah satu perkara penting bagi masyarakat kita. Sama-sama berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim sesama kita.
Jadi, ada yang tengah merancang untuk buat rumah terbuka namun belum tahu untuk membuat menu apa? Haruslah mencari yang simple dan sedap kan!
Ayuh cuba buat menu Kuetiau Th'ng ini. Katanya, ini resipi original Chinese Style. Yang penting, sedap dan mudah!
Selain kuetiau, boleh juga menggunakan mi, maggi atau bihun sebagai bahan utama.
Bahan-bahannya;
- 1 ekor ayam (potong besar-basar pun tak apa)
- Fish ball dan fish cake
- Serbuk lada putih
- Lada putih biji ditumbuk
- Sengkuang 1 biji (saiz sederhana sahaja)
- Gula batu (gula biasa pun boleh)
- 2 batang serai diketuk
- Batang saderi (pilihan)
- 2 ketul kiub pati ayam
- Garam dan serbuk hilal (perasa)
- Taugeh dan daun bawang
- Cili kicap
Cuba juga Jamu kerutuk daging untuk tetamu ketika rumah terbuka. Memang 'caralah'
Cili kicap;
Goreng cili padi 20 tangkai, cili merah tiga batang dan bawang putih dalam lima ulas.
Goreng sampai naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sekejap, kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi serta kicap. (Saya guna campuran kicap Mudim dan Kipas Udang Habhal warna merah.
Siap! Boleh dihidang dengan pilihan mi yang disukai bersama taugeh celur serta taburan daun bawang.
Cubalah, serius sedap! Semoga bermanfaat!
Sumber: Fatyn Zamry
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI