Lima sahabat sehidup semati, terperangkap dalam kereta selepas kemalangan, berikut kronologi kejadian

Iklan
lima sahabat (1)

SAYU dan pilu, negara hari ini berduka dengan berita pemergian lima orang sahabat.

Kemalangan menyayat hati itu tular di laman sosial menunjukkan api kebakaran marak diikuti beberapa letupan.

Iklan
Iklan

Mangsa terlibat merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Perak. Dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

Mereka difahamkan sedang keluar kawasan atau 'outing' ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran.

Iklan

Baca juga: 10 fakta 'laluan panas' Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang

Iklan

Berikut butiran lima mangsa:

- Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 tahun, pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

-Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 tahun, pelajar semester satu Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Cukai Terengganu.

- Iqbal Hasnun Halimi, 23tahun, pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Senai, Johor.

- Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun, pelajar semester ketiga Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Selayang, Selangor.

- Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 tahun, pelajar semester kelima Diploma Kaunseling Islami dari Parit Buntar Perak.

Baca juga: [VIDEO] Kereta terbakar di lorong kecemasan tiba-tiba mengundur, turuni bukit di Genting

[caption id="attachment_81267" width="800"] Kredit foto: Bomba Perak[/caption]

Menurut Bomba Perak, kejadian di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada jam 12.52 pagi.

Kebakaran tersebut dikatakan bermula daripada kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan.

"Terdapat lima orang mangsa di dalam kereta disahkan maut (rentung) oleh pegawai perubatan hospital,” katanya.

[caption id="attachment_81266" width="800"] Kredit foto: Bomba Perak[/caption]

Operasi di lakukan oleh anggota bertugas daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dengan dibantu BBP Meru dan BBP Ipoh.

Dalam perkembangan berkaitan, polis telah menahan reman pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI