Cef Burak, ‘trending’ masak sambil senyum bukan hidap barah otak, hanya ‘check up’ biasa

Iklan
Cef Burak

SIAPA yang tidak mengenali cef ‘raja senyum’ atau dikenali sebagai CZN Burak Özdemir yang sering memaparkan senyuman manisnya ketika memasak.

Namun baru-baru ini tular satu video di laman sosial TikTok, memaparkan raja senyum itu terlantar di atas katil hospital dengan senyuman yang kurang ceria serta wajahnya kelihatan agak pucat.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, menerusi rakaman berkenaan, dapat lihat tubuh lelaki Turki itu semakin susut.

Iklan

Berikutan video yang dikongsikan, pelbagai tanda tanya dan spekulasi timbul berkaitan tahap kesihatannya.

Iklan

Memetik laporan The Islamic information, cef berkenaan dimasukkan ke hospital bukanlah kerana penyakit barah otak tetapi disebabkan berat badannya yang turun secara mendadak untuk beberapa ketika sehingga beliau memilih untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.

Mengukuhkan lagi bahawa Burak Özdemir tidak mengalami penyakit barah melalui perkongsian satu foto di laman sosial Instagram miliknya @cznburak yang memaparkan beliau sedang duduk di atas katil hospital sambil memakai gaun pembedahan berwarna biru.

Foto berkenaan disertakan dengan kapsyen"Hanyalah pemeriksaan kecil dengan ikatan cinta yang paling hebat,” tulisnya.

Para peminat rata-ratanya meninggalkan komen dengan mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat seperti sedia kala.

Burak Özdemir bukanlah satu-satunya personaliti media sosial yang dikaitkan dengan berita palsu malahan ada beberapa lagi personaliti yang turut mengalami perkara yang sama.

Berikut personaliti yang turut dikaitkan dengan berita palsu baru-baru ini:

1. Mino Raiola, ejen bola sepak Itali

[caption id="attachment_81285" width="800"] Kredit foto: Getty Images[/caption]

Dua minggu lalu, tular tentang kematian Mino Raiola kerana masalah kesihatan yang dihidapinya sejak Januari lalu. Kematiannya ini telah tersebar sehinggakan beberapa akhbar terkemuka dunia turut menzahirkan rasa sedih atas kematiannya.

Namun, Mino Riola menepis segala khabar angin tentang kematiannya dengan memuat naik satu ciapan"Status kesihatan terkini bagi mereka yang tidak pasti: p***d off kali kedua dalam 4 bulan mereka membunuh saya. Nampaknya juga boleh menghidupkan semula.”

2. Zinidin Zidan

[caption id="attachment_81286" width="800"] Kredit foto: Zinidinzidan_real[/caption]

Zinidin Zidan merupakan penyanyi popular Indonesia yang turut dikhabarkan meninggal dunia akibat kemalangan.

Kematiannya menjadi tular apabila terdapat satu video nahas kemalangan jalan raya yang dikongsikan di laman sosial TikTok.

Kapsyen"Zidan mengalami kecelakaan tunggal di jalan tol pada pukul 12.40 pagi hari ini dan mengakibatkan beliau meninggal dunia, semoga tenang di alam ALLAH.”

Sumber: Msn, The Islamic information, Sindonews.com

Baca juga: Wanita tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun. Ini fakta menarik tentang Kane Tanaka

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI