Model klasik Proton Saga 2022 berwajah baharu, lebih premium dan jiwa muda. Harga pun mampu milik

Iklan
proton saga 2022

LEBIH premium dan keterhadapan. Itu reaksi kebanyakan peminat kereta nasional Proton selepas jenama terkemuka tersebut melancarkan Saga 2022 baru-baru ini.

Model klasik yang diperbaharui dengan ciri keselamatan dan kualiti dipertingkatkan itu nampaknya berjaya menarik perhatian ramai khususnya anak muda.

Iklan
Iklan

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, pihaknya percaya Proton Saga telah menjadi kenderaan pilihan ramai selama hampir empat dekad.

Iklan

"Kami berbangga untuk meneruskan legasinya dengan Proton Saga 2022, sekali gus memperluaskan lagi warisan model terlaris Proton untuk pemandu daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

"Dengan rekod lebih 1.9 juta unit terjual di lebih 28 pasaran seluruh dunia, kami yakin nama Saga akan terus berkembang pada masa akan datang," katanya.

Iklan

Baca juga Wow! Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Eksklusif di Proton Centre of Excellence (CoE) Subang Jaya.

Sempena acara tersebut, pengamal media dapat melihat dengan lebih dekat desain terbaharu Proton Saga 2022 yang lebih berkuasa dengan ciri penjimatan pintar.

Berikut antara perincian spesifikasi menarik Proton Saga 2022:

i) Memiliki enjin 1.3 liter empat silinder 16-injap DOHC VVT.

ii) Kuasa maksimum 95 PS pada 5,750 rpm dan tork 120 Nm.

Baca juga Mengancam juga Saga Edisi Hitam, harga memang mampu milik!

iii) Penjimatan bahan api yang dipertingkatkan dengan ciri seperti ECO Drive Assist.

iv) Dilengkapi skirt depan dan sisi baharu gaya sporty yang diserasikan dengan roda aloi 15-inci baharu dan lampu siang LED.

v) Varian Premium S baharu menampilkan skema warna gelap sporty, tempat duduk separa kulit.

vi) Penapis Kabin N95 untuk menapis zarah asap, habuk, bakteria dan bahan pencemar.

vii) Ciri pintar dengan pintu dan cermin sisi terbuka automatik dengan kunci dibuka.

viii) Kapasiti but 420-liter dengan fungsi lipatan tempat duduk.

ix) Paparan skrin sentuh 7 inci mempunyai perisian operasi terkini dan Bluetooth 4.2.

Menarik bukan? Selain reka bentuk dalam dipertingkatkan, ciri keselamatan turut diberikan perhatian.

Model tersebut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS) untuk jalan licin.

Baca juga Proton lancar empat varian edisi istimewa, janjikan reka bentuk unik, lebih luar biasa

Kamera undur yang dipasangkan dengan penderia tempat letak kereta hadapan dan belakang memudahkan pengguna meletakkan kereta di ruang sempit.

Proton Saga 22 dengan gaya supreme sedan Segmen-A itu didatangkan dengan empat varian iaitu Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT baharu.

Sementara itu, terdapat lima pilihan rona dinamik iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.

Harganya pula ditawarkan bermula RM34,400 hingga RM44,300.

Proton Saga 2022 kini dibuka untuk tempahan atas talian dan di bilik pameran sah seluruh negara. Layari www.proton.com untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI