“Fadzli anak yang baik”- pekerja terlelap syif malam, penjelasan Pak Cik Shell buat netizen tersentuh

Iklan
pakcik shell (1)

BARU-baru ini tular video seorang pekerja sebuah stesen minyak tertidur dan dirakam pelanggan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.50 pagi itu, beberapa orang pelanggan cuba mengejutkan pekerja berkenaan yang terlelap. Deraman enjin kereta dan ketukan pada kaunter untuk menyedarkan pekerja bernama Fadzli.

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan terbaru, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau popular dengan panggilan Pak Cik Shell tampil memohon maaf dan memberikan menjelaskan berhubung video viral berkenaan.

[caption id="attachment_81481" width="800"] Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain[/caption]

Iklan

Menurutnya, pekerja berkenaan dipercayai keletihan selepas membantu ibu meniaga di pasar pada awal pagi.

Dalam masa yang sama, pemuda berkenaan dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan. Malah majikannya memberikan cuti seketika untuk membolehkannya berehat.

Iklan

"Tular video Fadzli tertidur pukul 3.50 pagi. Saya mohon maaf kepada pelanggan yg terpaksa menunggu. Tetapi saya tidak marah kerana adik Fadzli anak yang baik.

"Pagi-pagi dia tolong emak berniaga di pasar, itulah hakikat kehidupan yang kita tidak nampak. Dia dihantar untuk pemeriksaan kesihatan dan bos bagi cuti untuk rehat. 

"Go Fadzli! We are run by hard working Malaysians, for Malaysians,” titipnya.

Hantaran berkenaan menerima pujian daripada warga maya. Rata-rata tersentuh dengan tindakan proaktif pihak syarikat yang wajar dicontohi.

Malah ada yang mengecam mengatakan perbuatan menularkan pelbagai perkara di laman sosial adalah trend yang tidak sihat.

-"Majikan dan pihak atasan macam pakcik dan team ini yang kita perlukan!”

-"Rakyat kita terjebak semua benda nak tular. Benda baik tularkanlah. Benda tak baik macam jenayah terus la hantar ke pihak berkuasa. Kejut sajalah adik ni. Kalau betul dia pengsan risau juga, tapi jangan dipersendakan. Ingat kita jaga aib orang, insya-ALLAH, aib kita ALLAH jaga.

-" Contoh ketua yang sebenar.”

-"Terima kasih bos, jarang boleh dapat bos boleh toleransi logik akal macam ni.”

-"Terbaik, bos yang baik memahami permasalahan staf. Nampak sangat dia kepenatan, menolong ibu meniaga. Insya-ALLAH dia akan berjaya nanti.”

-"Pertama kali jumpa majikan menyebelahi staf, masya-ALLAH. Semoga ALLAH membuka mata dan mencontohi tauladan yang baik.”

Terdahulu, Pakcik Shell pernah popular selepas turun padang berjumpa sendiri seorang pekerja yang pakai baju Shell ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah.