BERITA baik buat pengguna Malayan Banking Berhad (Maybank), kini syarikat platform perbankan itu hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai ATM Cash-Out.
Melaluinya, Maybank membolehkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad sebaliknya hanya mengimbas kod QR.
Sebelum ini Maybank turut pernah hadir dengan ciri mengeluarkan duit tanpa kad ATM, tetapi menggunakan pengesahan berasaskan kod SMS.
Tetapi, dengan ciri ATM Cash Out ini, ia dilihat lebih mesra pengguna. Berikut sedikit info berkaitan;
1. Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu aktifkan ciri ATM Cash Out pada aplikasi MAE. Pengaktifan ini akan mengambil masa sekitar 24 jam sebelum dapat digunakan.
2. Selepas diaktifkan, anda boleh ke mana-mana mesin ATM yang menyokongnya, dan seterusnya mengimbas kod QR pada skrin ATM berkenaan.
Baca juga Alamak barang kemas mula menghitam! Jangan bimbang berikut ada cara pembersihannya...
3. Seterusnya, anda boleh lakukan pengesahan dan mengeluarkan duit terus daripada ATM.
4. Untuk ATM Cash Out ini, ia memerlukan pin atau pengesahan biometrik untuk pengeluaran bawah RM1000 dan untuk jumlah lebih daripada itu, ia perlu disertakan bersama pengesahan Secure2U.
5. Penggunaan ciri ini juga tidak akan mengeluarkan resit melalui mesin ATM, sebaliknya ditawarkan secara digital pada aplikasi MAE.
6. Pada era pasca Covid-19 ini, ciri ini membolehkan anda mengeluarkan duit tanpa sentuh ATM dan hanya untuk mengambil duit sahaja.
7. Pun begitu, ciri ini terhad untuk pengguna MAE sahaja, dan tidak disokong pada aplikasi Maybank2U.
Wah! Bagus juga tanpa guna kad ATM kan... Semoga bermanfaat!
Sumber: Amanz
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI