SEJAK berkurun lamanya, perhiasan barangan kemas menjadi lambang atau tanda kekayaan seseorang.
Perkara itu boleh dikatakan sudah sebati dalam kalangan masyarakat sehingga ke hari ini.
Bukan hanya menjadi perhiasan wanita, malah ada juga yang menjadikan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Namun, apabila masa silih berganti, barang kemas tersebut akan menjadi berubah sehingga mengakibatkan ia tidak lagi berkilau dan hilang daya penarik.
Bagaimanapun, jangan bimbang kerana menerusi perkongsian yang dipetik dari kompas.com ada cara penyelesaian.
[caption id="attachment_81596" width="800"] Perhiasan barang kemas perlu dijaga dengan baik agar lebih tahan lama.[/caption]
1. Kekerapan
Pembersihan boleh dilakukan mengikut kekerapan barangan tersebut dipakai.
Disebabkan pemakaian yang kerap, barang kemas tersebut akan kelihatan 'seri' dan boleh memudarkan silaunya.
Bagi emas yang karat rendah akan akan lebih mudah kelihatan kusam jika terkena bahan seperti klorin, alkohol dan bahan beberapa bahan kimia lain.
2. Cairan pembersih
Ambil mangkuk bersaiz kecil yang telah dicampurkan dengan air hangat.
Kemudian titiskan beberapa cairan pembersih atau cairan pembersih pinggan dan campurkan sehingga mengeluarkan buih.
3. Rendam
Seterusnya ambil barang kemas yang ingin dibersihkan dan rendam ke dalam mangkuk tadi selama 20 minit.
Sepanjang tempoh tersebut, cairan pembersih akan menyuci dan menyingkirkan kotoran yang melekat pada bahagian permukaan.
4. Gosok
Sekiranya perhiasan menjadi semakin kotor, cuba bersihkan barang kemas terbabit dengan berus lembut bagi menghilangkan kotoran tersembunyi.
Pastikan ya! Berus yang digunakan perlu lembut dan tidak terlalu kasar kerana bimbang akan merosakkan permukaan barang kemas.
5. Keringkan
Sebaiknya direndam dan dibersih, bilas barang kemas dengan air biasa dan keringkan dengan kain lembut.
Kalau boleh jangan keringkan menggunakan tisu kerana bimbang akan menghakis permukaan barang kemas.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kita semua untuk memelihat aset mahal itu.
Bukan mudah ya kerana ada antara kita sanggup berbelanja sehingga puluhan ribu, malah ratusan ribu untuk memenuhi keinginan membeli barang kemas.
Bagaimanapun, menurut Pusat Pungutan Zakat, hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat.
Sebarang maklumat lanjut boleh kunjungi laman web zakat.com.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI