NAMPAKNYA pengumuman kerajaan membuka semua border dan pintu sempadan negara menyebabkan ramai yang berpusu untuk keluar negara ataupun datang ke negara kita Malaysia.
Disebabkan terlalu lama pintu sempadan ditutup dek kerana Covid-19, ramai antara kaki jalan mempunyai pasport yang sudah tamat tempoh.
Iklan
Iklan
Bagi yang ingin membuat pembaharuan pasport (PMA) tersebut, kini bermula 11 Mei 2022, pembaharuannya adalah melalui online sahaja dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia. 'Walk-in' dah tak boleh!
Ini kerana jumlah yang berpusu-pusu ke sana terlaku ramai pada ketika ini. Jadi semua urusan perlu dilakukan secara online.
Sementara itu, walk-in hanya boleh untuk kali pertama permohonan, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak bawah 13 tahun, bakal jemaah haji, pelajar di Malaysia sambung belajar (further study), pasport hilang dan rosak sahaja.
Baca juga Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Artikel Berkaitan