Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air

Iklan
design

PERSEKITARAN cuaca panas boleh mengakibatkan mengalami dehidrasi tidak mengira sama ada dalam kalangan dewasa atau kanak-kanak.

Perkara tersebut lebih memburuk kepada anak kecil yang enggan mengambil sebarang minuman lebih-lebih lagi air putih walaupun sedang dahaga.

Iklan
Iklan

Menurut Alo Dokter, dehidrasi terjadi ketika tubuh tidak mendapatkan cairan yang cukup sehingga mengakibatkan gangguan fungsi pada organ.

Golongan bayi menjadi antara mudah mengalami situasi itu kerana mempunyai fizikal dan berat yang sedikit.

Iklan

Malah metabolisme bayi juga lebih tinggi berbanding manusia sehingga mengkibatkan mereka mudah sensitif sekiranya kehilangan air dalam badan walaupun jumlah sedikit.

[caption id="attachment_81739" width="800"] Ibu bapa harus peka dengan perubahan anak-anak kerana bimbang mereka mengalami dehidrasi.[/caption]

Iklan

Bagi memahami tanda-tanda lain yang menunjukkan kanak-kanak mengalami dehidrasi, berikut penjelasaan yang dikongsi oleh Alo Dokter dan CNN Indonesia:

1. Bibir kekeringan

Persekitaran bibir dan kulit yang kering antara tanda-tanda kanak-kanak atau bayi mengalami dehidrasi.

2. Tidak selesa

Kadangkala persekitaran yang panas dan tidak nyaman akan membuatkan kanak-kanak mudah emosi dan marah-marah.

Oleh itu, cuba tenangkan mereka dengan cara memberi minuman dan dibawa ke tempat yang lebih selesa.

3. Kulit

Perubahan kulit jelas ketara sekiranya seseorang itu kurang meminum air.

Kulit akan berubah menjadi tidak anjal dan mengambil masa lama untuk kembali ke keadaan asal ditarik lembut.

4. Kurang kencing

Perhatikan perubahan kanak-kanak jika mereka kurang membuang air kecil seperti biasa.

Secara kasar, mereka akan 'membuang' sekitar enam jam sekali.

Sekiranya kurang, ini bermaksud kandungan cecair dalam badan sedikit dan sedang mengalami dehidrasi.

Purata, kenak-kanak perlu minum terutamanya sekali air putih sebanyak dua liter sehari.

Oleh itu, perhatikan perubahan fizikal kanak-kanak bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.

Sekiranya kanak-kanak tersebut enggan minum air, pujuk dan cara lembut dan galakkan secara perlahan-lahan.

Jadi, mak ayah kena lebih prihatin ya! Cuaca sekarang memang panas sangat lebih-lebih di Lembah Klang.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI