PENJAGAAN kesihatan perlu diberi perhatian khusus bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tetapi mampu memberi fokus kepada kerja yang kita lakukan.
Antara perkara yang perlu dilakukan adalah menjaga kesihatan, mengamalkan pemakanan yang sihat, minum air putih secukupnya termasuk melakukan aktiviti fizal.
Namun, terdapat perkara yang perlu diberi perhatian kerana tidak semua yang dipandang baik itu memberi manfaat positif.
[caption id="attachment_81839" width="800"] Penjagaan kesihatan memang penting, namun jangan terlalu berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan.[/caption]
Memetik perkongsian kompas.com, kebiasaan yang kita sering lakukan meskipun baik untuk kesihatan, namun boleh mengundang padah jika berlebihan.
Berikut penjelasannya:
1. Minum air
Minum air putih memang jelas baik untuk tubuh badan. Perkara itu juga merupakan salah satu cara semula jadi untuk menyingkirkan toksik dalam badan.
Bagaimanapun, sekiranya hal tersebut berlebihan akan mengakibatkan hiponatremia bermaksud natrium darah menjadi terlalu rendah.
Minum air berlebihan had tanpa penggantian elektrolit seperti sodium dan kalium pada ginjal mampu menyebabkan pembengkakkan otak.
2. Olahraga
Bersukan antara perkara yang memberi manfaat seperti menjaga berat badan ideal dan menguatkan fizikal.
Jika dilakukan di luar batas kemampuan, ia akan mengakibatkan tubuh berasa sakit dan kepenatan.
Tubuh memerlukan masa untuk memperbaiki kerosakan sel. Jadi, rehat dan luangkan masa seketika.
3. Orthorexia
Amalan memakan makanan sihat memang baik dan wajar, tetapi sekiranya berlebihan atau obses ia boleh mengundang bahaya.
4. Makanan tambahan
Pengambilan makanan tambahan baik untuk memicu kesihatan agar lebih baik.
Lebih-lebih lagi terhadap penggunaan makanan tambahan tiruan atau melebihi had dibenarkan.
5. Intermittent fasting (IF)
Kaedah IF antara cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan dalam tempoh segera.
Selebriti seperti Raffi Ahmad mengakui cara berkenaan membantu beliau menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram dalam tempoh masa kurang dua bulan.
Kadar glukosa yang menurun secara mendadak akan menjejaskan kesihatan.
Oleh itu, sebaiknya buat keputusan bijak bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
Kesihatan memang perlu dijaga dengan baik, tetapi tetap ada batasnya agar tidak berlebihan.
Jaga diri semua!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI