'Menangis mommy tengok ayah sambut awak...' - Elfira Loy selamat bersalin

Iklan
ELFIRA LOY

PELAKON Elfira Loy berkongsi berita gembira perihal kelahiran anak keduanya pada Jumaat.

Menurut pelakon dan pengacara itu, bayi perempuan itu dilahirkan secara normal pada jam 6.27 petang di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan.

Iklan
Iklan

"Saya ada banyak photo yang hebat tetapi saya sukakan yang ini. SubhanAllah. Ayah memang seorang adiwira, menangis mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy melahirkan awak.

"Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.Pengalaman yang cukup mengagumkan," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Iklan

Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Iklan

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.