Mudah dan ringkas, 2 cawan tepung gandum dah boleh dapat bahulu gebu

Iklan
Bahulu (1)

BAGI yang ingin mengadakan rumah terbuka, masih belum terlambat kerana masih  berbaki lapan hari lagi sebelum berakhirnya bulan Syawal.

Namun begitu, nak cari orang yang menjual biskut bukanlah mudah kerana rata-rata peniaga masih lagi bercuti dari mengambil sebarang tempahan.

Iklan
Iklan

Jadi, SinarPlus ingin berkongsikan satu resipi bahulu yang sangat mudah dan ringkas membuatnya dan paling penting bahulu tu gebu.

Terima kasih kepada pengguna Facebook, Ina Abirin kerana berkongsikan resipi menggunakan sukatan cawan, sungguh mudah!

Iklan

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya:

Iklan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 biji telur grad A
  • 1 cawan gula

Baca juga: Berbuka bersama Nan Gua Bing, kuih tradisional Cina wajib dicuba

  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna kuning
  • Minyak masak
  • Acuan bahulu

Cara penyediaannya

1. Ayak tepung gandum kemudian, buang segala bendasing yang terdapat di dalam penapis.

2. Pecahkan telur di dalam bekas yang berbeza dan pukul telur sehingga kembang.

3. Seterusnya, masukkan gula, esen vanilla dan pewarna kuning sebanyak satu atau dua titik kemudian kacau sehingga sebati.

4. Kemudian, masukkan tepung gandum yang telah diayak dan kacau sehingga sebati.

5. Panaskan ketuhar bersama acuan bahulu selama 10 minit mengikut suhu ketuhar masing-masing.

6. Keluarkan acuan bahulu dan sapu dengan sedikit minyak kemudian, tuangkan bancuhan bahulu ke dalam acuan dan bakar selama 10 hingga ke 15 minit atau sehingga masak.

7. Keluarkan bahulu dan sejukkan. Sedia untuk dihidangkan!

Ina Abirin menjelaskan sekiranya ingin mengetahui sama ada bahulu itu telah masak ataupun tidak, cucuk dengan menggunakan lidi. Sekiranya tiada tepung yang melekat maka ia telah masak.

Haa.. mudahkan resipi bahulu ini?

Selamat mencuba!

Baca juga: Nampak sama tapi bukan dia, wajib cuba resipi Biskut Choc Chip ala Famous Amos

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI