Tiga Janda Melawan Dunia, pikat penonton dengan cara berbeza

Iklan
TIGA JANDA MELAWAN DUNIA

PERTAMA kali mendengar judul filem ini, Tiga Janda Melawan Dunia, pasti sahaja ramai yang skeptikal dan menganggap ia komedi klise yang sekadar mengumpan penonton untuk ke pawagam semata-mata.

Andaian tersebut mungkin timbul disebabkan kekecewaan penonton terhadap kepada filem-filem terdahulu daripada genre serupa yang menyajikan naskhah ‘kosong’ dengan elemen komedi yang membosankan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, karya arahan pertama daripada pengarah muda berbakat, Hyrul Anuar ini membuktikan sebaliknya apabila mengetengahkan sebuah karya komedi genius yang cukup rencahnya.

Filem yang dihasilkan dengan kerjasama lima syarikat gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun

Iklan

Media itu mengisahkan tentang tiga orang janda, Midah, Rohayu dan Ani yang tinggal di sebuah kampung.

Mereka tekad mencari duit untuk pergi ke konsert terakhir artis idola mereka. Oleh kerana tiket konsert terlalu mahal dan ekslusif, mereka mencari ikhtiar dengan melakukan pelbagai usaha bagi merealisasikan impian tersebut.

Iklan

[caption id="attachment_82157" width="768"] Antara babak menarik dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia.[/caption]

Biarpun tidak mempertaruhkan ‘wajah glamor’ sebagai teraju utama, Hyrul yang sebelum ini aktif mengarahkan pelbagai iklan komersial yakin gandingan serasi pelakon senior yang terdiri daripada Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura selain dibantu oleh Rosnah Mat Aris.

Percaturan itu ternyata berhasil apabila mereka berjaya menghidupkan karakter dengan cemerlang, malah menghiburkan penonton dengan gaya lakonan tersendiri.

Jarang sekali kita dapat dapat melihat sebuah naskhah yang mengetengahkan lebih daripada satu teraju wanita, apatah lagi mengangkat kisah positif kehidupan janda.

Tiga Janda Melawan Dunia memikat hati penonton melalui jalan cerita yang sangat dekat dengan kehidupan realiti masyarakat. Penceritaannya bersahaja, malah menghiburkan dengan babak-babak tidak terjangka.

Lebih menarik elemen muzikal yang ditampilkan turut mencuri perhatian penonton menerusi pilihan lagu-lagu terkini yang turut menyokong jalan cerita.

Naskhah ini juga tidak hanya menyajikan humor semata-mata, tetapi elemen emosi yang diselitkan turut menjadikan Tiga Janda Melawan Dunia penuh warna-warni, sekali gus berjaya ‘mengikat’ penonton untuk terus mengikuti cerita sehingga ke penghujungnya.

Filem komedi ini juga dilihat ‘mahal’ dengan paparan sinematografi dan kerja-kerja kamera yang sangat cantik bagi melengkapkan naskhah.

Secara keseluruhannya, Tiga Janda Melawan Dunia adalah sebuah naskhah komedi wajib tonton.

Tiga Janda Melawan Dunia

Bahasa: Melayu

Klasifikasi: P13

Genre: Komedi/aksi

Durasi: 1 jam 50 minit

Pengarah: Hyrul Anuar

Pelakon: Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris

Tarikh Tayangan: 19 Mei 2022

Edaran: GSC Movies