Sedapnya bunga kantan goreng ringkas, sihat dengan 10 khasiat

Iklan
Sedapnya bunga kantan goreng ringkas, sihat dengan 10 khasiat

SEBUT sahaja bunga kantan, pasti semua orang mengenali akan tumbuhan ini.

Bunga kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Zingiberaceae.

Iklan
Iklan

Di Malaysia, bunga kantan sering digunakan di dalam masakan seperti digunakan untuk pembuatan laksa dan digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit.

Pun begitu, selain kerabu, bunga kantan juga boleh dijadikan sajian makan bersama nasi putih dengan hanya digoreng ringkas.

Iklan

Bahan yang diperlukan tidaklah rumit, rasanya enak dimakan bersama nasi putih.

Bahan-bahannya;

Iklan

  • Bunga kantan mekar dihiris (kupas kelopak, kalau keras, hiris sikit)
  • Bawang merah dihirs
  • Cili padi dihiris
  • Ikan bilis
  • Garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya;

1. Tumis bawang, cili dan bilis sehingga naik bau.

2. Masukkan bunga kantan, tumis bagi bunganya layu sedikit.

3. Perasakan sehingga ada rasa masin, pedas dan masam. Siap untuk dihidangkan.

Tip;

Bunga kantan sudah semula jadi masam, jadi tidak perlu lagi tambah asam keping.

Cuba juga Mudah dan ringkas, 2 cawan tepung gandum dah boleh dapat bahulu gebu

Sementara itu, ini 10 kebaikan bunga kantan terhadap kesihatan;

1. Bersifat anti tumor

Terdapat satu kajian telah dijalankan di Malaysia dengan tujuan untuk mengasingkan komponen yang bersifat anti tumor dan sitotoksin dari bunga kantan. Kajian ini menemukan bahawa ekxtrak CHCI dan MeOH dari bunga kantan mempunyai sifat anti tumor yang tinggi di mana ia mempunyai kadar pencegahan yang tinggi.

2. Mengawal paras kolesterol

Bunga kantan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat di dalam bunga kantan yang dikeringkan boleh mencapai sehingga 17%.

Di dalam pengawalan paras kolesterol, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan serat di mana serat dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik di dalam badan.

3. Bersifat anti mikrob

Kajian telah menemui bahawa terdapat beberapa komponen bunga kantan seperti daun yang mempunyai sifat anti mikrob dan anti kulat.

Ini kerana bunga kantan mempunyai kandungan flavonoid dan fenolik yang tinggi. Komponen-komponen ini mampu untuk merosakkan sel membran mikroorganisma tersebut.

4. Bersifat anti oksida

Selain bersifat anti tumor dan anti oksida, bungan kantan juga terbukti mempunyai sifat anti oksida di mana ia berpotensi untuk mengurangkan radikal bebas di dalam badan dan mencegah kerosakkan sel. Ini juga kerana kandungan flavonoid dan fenolik di dalamnya.

5. Mengawal paras gula

Bagaimana bunga kantan dapat mengawal dan mencegah hiperglisemik? Bunga kantan dapat menghalang sejenis enzim lalu melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengurangkan kadar penyerapan gula. Ia sekali gus akan membantu untuk menurunkan paras gula di dalam darah.

6. Mengurangkan paras asid urik

Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan dan ia terbukti bahawa ekstrak bunga kantan dapat mencegah peningkatan asid urik di dalam darah.

Ini kerana terdapatnya kandungan polifenol, flavonoid dan saponin yang tinggi di dalamnya yang mencegah kenaikkan paras asid urik.

7. Baik untuk kesihatan kulit

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak bunga kantan ke atas kesan pencerahan dan anti penuaan kulit.

Kajian mendapati bahawa pemakaian losyen yang mengandungi esktrak bunga kantan menunjukkan pencerahan kulit yang signifikan dan mengurangkan kedutan pada kulit peserta.

8. Menghilangkan bau badan

Bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan, daun bunga kantan sering digunakan secara tradisional semasa mandi untuk menghilangkan bau badan.

Kaedah ini tidak terhad kepada ibu-ibu yang melahirkan sahaja, kita juga boleh menggunakan bunga kantan untuk mengatasi masalah sama.

9. Merawat sakit telinga

Tahukah anda bahawa bunga kantan dapat digunakan secara tradisional untuk merawat sakit telinga?

Air rebusan bunga kantan boleh dititiskan ke dalam telinga selama beberapa kali untuk merawat masalah tersebut.

10. Merawat luka

Selain itu, daun bunga kantan juga digunakan secara tradisional untuk merawat luka pada kulit badan.

Caranya dengan meletakkan bunga kantan di kawasan-kawasan yang luka. Kandungan anti mikrobnya juga mampu untuk mencegah jangkitan pada kawasan luka.

Terbukti bunga kantan bukan sahaja boleh digunakan sebagai penambah rasa dan penyedap makanan, malah ia terbukti mempunyai pelbagai kelebihan lain terhadap kesihatan tubuh badan.

Jadi, marilah kita bersama-sama terus mengamalkan pengambilan ulam-ulaman tradisional untuk kesihatan tubuh badan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Resipi Ernieadilah Zulk, Root of Science

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI