Apabila ibu rengsa jadi seorang ibu, itu petanda parental burnout. Ini inti pati yang ramai perlu tahu

Iklan
Untitled design - 2022-05-25T085733.982

BARU-BARU ini viral perbualan antara seorang ibu dan penyampai radio yang mengadu menghadapi tekanan akibat terbeban menjaga dua anaknya yang masih kecil dalam keadaan suami tinggal berasingan.

Pelbagai respons daripada netizen yang turut memberi pandangan dan komen.

Iklan
Iklan

Ada yang mengkritik cara penyampai radio tersebut menjawab luahan ibu itu.

Tidak kurang juga ada yang memberi semangat di ruangan komen buat ibu-ibu yang menghadapi situasi sama.

Iklan

Disebabkan itu, Pakar Psikatri dan Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria tampil menulis di laman Facebooknya berkenaan isu parental burnout.

Iklan

Ujar beliau, topik itu penting untuk kita belajar dan memahami apa sebenarnya yang dialami oleg kaum ibu dan cara untuk membantu mereka.

Sebelum mengulas lebih lanjut, definisi parental burnout merujuk Popmama adalah keadaan ibu bapa yang kepenatan secara fizikal, mental dan emosi.

Dr Rozanizam kemudian berkongsi gejala umum seseorang mengalami burnout. Antaranya:

i. Hilang atau kurangnya kasih sayang pada anak.

ii. Datang fikiran kita bukan ibu atau ayah yang baik.

iii. Selalu mudah marah.

iv. Selalu kelesuan.

v. Kesihatan merosot.

vi. Rasa sunyi atau sendirian.

CARA ATASI

Mengulas lanjut, pakar psikiatri itu turut mengetengahkan beberapa kaedah yang boleh digunakan ibu bapa untuk mengatasi masalah burnout. Pendekatan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Dapatkan bantuan dan jangan takut untuk menyuarakan masalah kepada orang sekeliling.

ii. Sediakan ruang untuk penjagaan diri sendiri seperti tidur yang mencukupi, makanan teratur dan masa untuk aktiviti riadah (mengikut kemampuan anda).

iii. Amalkan teknik relaksasi secara berkala.

iv. Tetapkan had berdasarkan kemampuan anda secara realistik. Sebagai contohnya, jujur untuk menolak tugasan yang dirasakan tidak mampu, tak apa jika kadangkala rumah bersepah.

v. Perbaiki perspektif terhadap masalah iaitu melihat hikmah dan kebaikan yang datang melalui sesuatu ujian.

vi. Belajar mengendalikan stres.

vii. Menyusun tugasan mengikut prioriti.

viii. Bersifat realistik dan praktikal dalam sesuatu tugas. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terlalu mengambil perhatian kepada kritikan.

ix. Orang sekeliling juga perlu main peranan dengan berkongsi bebanan secara bersama.

x. Bina kekuatan spiritual untuk membina ketahanan diri.

Sebagai masyarakat, apa pula peranan kita? Bagaimana kita boleh menghulurkan bantuan?

Baca juga Mula-mula nikmat, bertukar azab, burnout banyak berlaku kepada yang bekerja dari rumah

Dalam hal itu, Dr Rozanizam konsep 3L iaitu look (pemerhatian), listen (mendengar) dan link (hubungan).

"Seterusnya, kita perlu mendengar dengan rasa empati dan kemudian menghubungkan mereka dengan bantuan sama ada dari segi praktikal ataupun sokongon emosi," ujarnya dalam perkongsian itu.

Nasihat SinarPlus, masalah burnout perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia boleh menjadi punca kepada isu kesihatan mental.

Masyarakat juga jangan cepat menghukum kerana daya tahan setiap individu tidak sama antara satu sama lain

Paling penting, kita sentiasa memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI