BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah situasi yang boleh digambarkan apa yang dilalui Pendakwah selebriti, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias sekarang.
Sebelum ini, beberapa gambar kesan makeup khas yang dimuat naik akhirnya membuka kisah lebih mendalam mengenai dugaan sihir dihadapi oleh pendakwah popular itu.
Menerusi rancangan MeleTOP secara live malam tadi, Ustaz Kazim mendedahkan lebih banyak sisi lain mengenai kehidupannya yang masih ramai tidak tahu.
Jelasnya, beliau tidak perlu gimik atau penipuan untuk lariskan produk namun apa yang dikongsikan sebelum ini adalah kebenaran.
"Saya baru habis penggambaran sebuah filem dan ia mengambil aspirasi daripada kisah hidup saya yang mana saya dilanda pelbagai masalah dan penyakit sejak tahun 1997.
"Salah satunya masalah berkaitan kulit saya yang selama ini dirahsiakan kepada orang ramai.
"Ramai orang jumpa saya nak tengok tangan. Tangan saya okey. Cuma yang berlaku itu di tempat lain (sambil pegang paha). Takkan saya nak tunjukkan tempat itu, benda yang aib untuk saya.
"Jadi saya letakkan pada tangan. Kapsyen pun saya tak katakan keadaan tangan saya sekarang. Saya kata kepada sesiapa yang boleh tolong saya, rawatlah saya. Tapi itu memang yang terjadi sebenarnya keadaan saya selama ini," katanya.
Bukan tidak mendapatkan rawatan, sebenarnya beliau sudah bertemu dengan ramai pengamal perubatan.
Namun mereka cuma mengatakan apa yang dialami oleh Ustaz Kazim itu merupakan masalah kulit biasa di kalangan warga emas.
"Lima pembedahan saya dah buat, lebih empat kali MRI dibuat untuk semak penyakit. Saya tak perlukan simpati, ia tak dapat membantu saya pun.
"Sembilan doktor kata bukan ekzema, katanya ini normal untuk orang tua walhal umur saya tak sampai 50 tahun lagi," ujarnya.
Semoga ALLAH dapat membantu Ustaz Kazim kembali sembuh dan dapat menjalankan aktiviti ceramah dan dakwah seperti sedia kala.
Doakan Ustaz Kazim ya!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI