Tip selamat elak akaun kena hack, Google kongsi 10 cara kreatif pilih password terbaik

Iklan
Google

KES akaun e-mel sering digodam pihak tidak bertanggungjawab sehingga setiap data peribadi dicuri menjadi satu masalah yang perlu diberikan perhatian serius.

Mana tidaknya, setiap maklumat yang disalah guna oleh orang ketiga boleh menyebabkan kita berisiko berdepan kecurian identiti dan lagi teruk, menanggung hutang atau dituduh scammer yang entah dari mana datangnya.

Iklan
Iklan

Melihat perkara tersebut dengan lebih serius, Google menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan pemeriksaan keselamatan kata laluan melalui Pengurus Kata Laluan sebelum menjadi mangsa jenayah siber.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, pendekatan tersebut membantu pengguna mencipta dan menguruskan kata laluan dengan lebih selamat.

Iklan

"Di Malaysia, carian untuk Pengurus Kata Laluan Google meningkat lebih 400 peratus dari tahun ke tahun sekali gus menunjukkan rakyat negara ini semakin peka terhadap perlindungan kata laluan.

Iklan

"Ini kerana selain verifikasi dua langkah meningkat sebanyak 60 peratus, pelanggaran data juga meningkat sebanyak 10 peratus," kata jenama itu.

Memahami bahawa mencipta password unik dan sering terlupa kata laluan menjadi satu cabaran cukup besar, justeru Google kongsikan 10 petua seperti berikut:

1. Cipta kata laluan unik.

- Cipta kata laluan unik dan jangan gunakan semula kata laluan merentasi laman sesawang.

- Menggunakan semula kata laluan untuk akaun penting adalah berisiko.

- Jika seseorang telah mendapat kata laluan anda untuk satu akaun, mereka boleh mengakses e-mel, akaun bank dan butiran peribadi lain tentang anda.

2. 12 aksara.

- Cipta kata laluan anda sekurang-kurangnya 12 aksara panjang. Kata laluan yang panjang adalah lebih kuat.

3. Gabungan aksara.

- Kata laluan yang kuat akan mengandungi gabungan huruf (huruf kecil dan besar), nombor dan simbol.

4. Jadilah kreatif.

- Jangan gunakan maklumat peribadi atau maklumat yang orang lain mungkin tahu atau senang diketahui semasa mencipta kata laluan.

5. Rahsiakan password.

- Setelah anda mencipta kata laluan anda, rahsiakannya kerana ia hanya untuk diri anda sahaja.

6. Pengurus kata laluan.

- Gunakan alat pengurus kata laluan untuk membantu mencipta, mengingati dan mengurus semua kata laluan anda yang disimpan.

7. Kemas kini.

- Kemas kini kata laluan lalai anda dengan kerap.

8. Buat semakan.

- Jalankan semakan kata laluan.

9. Maklumat pemulihan.

- Sediakan maklumat pemulihan yang membantu anda masuk semula ke akaun sekiranya seseorang mendapat kata laluan anda.

10. Perlindungan tambahan.

- Dapatkan perlindungan tambahan dengan menggunakan pengesahan dua langkah (2SV).

Pun begitu, penggunaan Pengurus Kata Laluan Google nampaknya lebih mudah kerana kalian tidak perlu pening kepala untuk memikirkan password kreatif yang senang untuk diingati.

Baca juga 7 soalan yang paling kerap ditanya pengguna Google tahun 2020. Memang tak berapa terkejut

Selain membantu mencipta kata laluan yang kukuh, ia menyimpan dan menguruskan kata laluan dengan lebih selamat melalui pemeriksaan kerap.

Berikut adalah 5 cara bagaimana Pengurus Kata Laluan Google menjadikan log masuk dengan kata laluan kalian lebih selamat:

i) Jana kata laluan unik.

- Ia memudahkan anda untuk menjana kata laluan yang kukuh dan unik untuk semua akaun dalam talian apabila menggunakan penyemak imbas Chrome pada Android atau pun iOS.

ii) Bantu ingat semula password.

- Ia membantu mengingatkan semua kata laluan yang disimpan.

- Anda hanya perlu mengingati kata laluan akaun Google anda dan biarkan Pengurus Kata Laluan Google menguruskan yang lain.

- Ia akan mengisi secara automatik kata laluan selamat setiap kali anda melawat tapak atau log masuk dengan akaun Google peribadi.

Baca juga Khidmat Google alami gangguan, ramai pengguna mula merungut

iii) Semak 1 bilion kata laluan.

- Google menyemak 1 bilion kata laluan untuk pelanggaran setiap hari dan Pengurus Kata Laluan Google akan memberitahu pengguna dalam masa nyata tentang kata laluan yang tidak selamat atau dicuri sebelum membantu anda membetulkannya dalam satu click.

- Jika anda mendapat makluman daripada Chrome yang mengatakan bahawa gabungan kata laluan dan nama pengguna yang digunakan telah diterbitkan di Internet akibat kebocoran data pada tapak web atau aplikasi pihak ketiga, anda hanya perlu click"Semak kata laluan" dan ikuti gesaan untuk menukar kata laluan anda bagi setiap tapak yang terjejas.

iv) Kemas kini akaun lemah.

- Menggunakan pengurus kata laluan boleh membantu mengurangkan masalah terlupa password, menetapkan semula atau berasa bimbang tentang kata laluan.

- Selalunya, anda boleh menjalankan Semakan Kata Laluan pada bila-bila masa untuk mengetahui jika mana-mana kata laluan anda telah terjejas dalam pelanggaran pihak ketiga, digunakan semula merentasi tapak yang berbeza atau perlu diperkukuhkan.

- Anda boleh mengemas kini mana-mana akaun yang lemah atau terjejas dengan cepat dengan kata laluan yang lebih kukuh menggunakan Pengurus Kata Laluan Google.

v) Ciri import kata laluan.

- Salah satu halangan untuk tidak menggunakan pengurus kata laluan adalah usaha yang diperlukan untuk memasukkan semua kata laluan anda ke dalam pengurus kata laluan.

- Itulah sebabnya Google telah memperkenalkan ciri Import Kata Laluan pada tahun 2021 yang mana membolehkan anda memuat naik dengan mudah sehingga 3,000 kata laluan.

- Selain itu, 10,000 kata laluan boleh disimpan di dalam akaun Google anda.

- Setelah kata laluan diimport, pengguna boleh menjalankan semakan kata laluan untuk mengetahui sejauh mana kekuatan kata laluan tersebut.

Memang semudah 123456 kata laluan paling biasa dicipta untuk akaun dalam talian kalian, namun percayalah ia sangat lemah dan mudah digodam.

Justeru, buat semakan Kata Laluan Google (passwords.google.com) untuk menyemak sejauh mana keselamatan kata laluan anda dan jangan lupa, bantu juga keluarga anda melakukan perkara yang sama!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI