KKM sahkan kanak-kanak 3 tahun positif HFMD, bukan cacar monyet

Iklan
Serang bayi usia bawah 6 bulan, bahaya penyakit HFMD. Ini ibu bapa wajib tahu

COVID-19 masih menular dan masih belum reda, kini timbul pula penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan cacar monyet (monkeypox). Cacar monyet yang jarang berlaku itu kian menular di Eropah.

Seperti baru-baru ini, tular di laman sosial dakwaan cacar monyet kini sudah memasuki Malaysia.

Iklan
Iklan

Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan menegaskan sehingga jam 5 petang 24 Mei 2022, kerajaan tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes kanak-kanak dijangkiti cacar monyet.

Iklan

KKM tampil menafikan perkara berkenaan dan meminta pihak waris kepada kanak-kanak tersebut segera membawanya ke pusat kesihatan terdekat untuk rawatan sekiranya gambar tersebut adalah benar.

Dalam perkembangan terbaru, menerusi perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Tweeter miliknya hari ini mengatakan seorang kanak-kanak disahkan dijangkiti HFMD dan bukan cacar monyet.

Iklan

"Dimaklumkan susulan kenyataan KKM mengenai monkeypox, seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam pada 13 Mei dan ruam bermula 16 Mei lalu. Ruam tersebut menjadi ‘blister’ pada 9 Mei dan mula pecah pada 21 Mei lepas.

"Kanak-kanak berkenaan kini dipantau di Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pakar pediatrik.

"Dua sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk penyakit HFMD dan monkeypox.

"Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak berkenaan adalah HFMD kerana positif Virus Coxsackie A6 dan negatif monkeypox serta lain-lain virus yang diuji," tulis beliau.

Baca juga Asalnya hanya jangkiti monyet di Afrika, ini cara cacar monyet menular dan cara mengelakkannya

Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ini fakta mengenai cacar monyet;

1. Boleh disebarkan apabila seseorang bersentuhan dengan haiwan, manusia atau bahan yang terdedah kepada virus itu.

2. Virus tersebut memasuki badan melalui kulit yang pecah (walaupun tidak kelihatan), saluran pernafasan atau membran mukus (mata, hidung, atau mulut).

3. Pada manusia, gejala cacar monyet adalah serupa tetapi lebih ringan daripada gejala cacar.

4. Cacar monyet bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.

5. Tempoh inkubasi (tempoh masa jangkitan kepada gejala) untuk cacar monyet biasanya tujuh hingga 14 hari tetapi ia juga boleh berlaku dalam tempoh lima hingga 21 hari.

Ini pula yang perlu dilakukan jika menghidap cacar monyet;

1. Jika mengalami ruam disertai dengan demam atau rasa tidak selesa atau sakit, hadir ke klinik atau hospital dan dapatkan ujian monkeypox.

2. Jika anda disyaki atau disahkan menghidap cacar monyet, anda harus mengasingkan diri sehingga kudis hilang dan menahan diri daripada melakukan hubungan seks.

3. Dalam tempoh ini, anda boleh mendapatkan rawatan untuk meredakan gejala cacar monyet.

4. Sesiapa yang menjaga anda harus mengambil langkah perlindungan diri yang sesuai.

Walaupun ia tidak perlu dibimbangkan, doakan juga virus berkenaan tidak sampai ke negara kita.

Jangan lupa untuk sentiasa berwaspada dan melakukan saranan KKM terutama bagi pengembara.

Sama-samalah kita beringat dan menjauhi situasi berisiko kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI