MAHKAMAH Tinggi Korea mengekalkan hukuman satu tahun enam bulan yang diputuskan Mahkamah Rayuan terhadap Seungri pada Januari lalu.
Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun mengaku bersalah atas kesalahan penyelewengan polisi tukaran asing berhubung isu perjudian antarabangsa yang disabitkan pada Ogos tahun lalu.
Iklan
Iklan
Selain itu, selebriti tersebut turut disabitkan dengan lapan kes jenayah lain meliputi pelacuran, penghasilan video porno dan ugutan.
Seungri juga akan dipindahkan ke penjara awam dari penjara tentera, mengikut keputusan mahkamah sebelum ini.
Walaupun Seungri dilaporkan sudah menyesal atas pembabitannya dalam kes berprofil tinggi dikenali sebagai skandal Burning Sun, namun ramai yang berpendapat bekas penyanyi itu wajar dipenjarakan lebih lama atas jenayah yang dilakukan.
Artikel Berkaitan