Kate Moss bidas kenyataan Amber Heard

Iklan
JOHNNY DEPP-AMBER HEARD

BEKAS kekasih Johnny Depp, iaitu model terkenal, Kate Moss membidas kenyataan bekas isteri aktor itu, Amber Heard yang mengatakan dia pernah 'disepak' dan 'ditolak' bintang berkenaan.

Moss yang hadir secara dalam talian sebagai saksi semasa perbicaraan fitnah kedua-dua figura berkenaan menjawab dakwaan yang dibuat oleh Heard yang mengatakan bahawa dia sebelum ini pernah ditolak dari tangga sehingga terjatuh di sebuah resort di Jamaica.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, dia menjelaskan bahawa dirinya tergelincir dari tangga bilik hotel berkenaan.

"Semasa hendak meninggalkan bilik, Johnny telah pun pergi terlebih dahulu.

Iklan

"Ketika itu hujan lebat. Semasa keluar dari bilik saya tergelincir dan merasa kesakitan di belakang badan.

"Saya menjerit dan tidak tahu apa yang berlaku dan saya merasa kesakitan. Dia (Depp) datang ke arah saya dan membantu saya bantu dan bawa saya masuk semula ke bilik selain mendapatkan bantuan perubatan," katanya dalam kenyataan bersumpah.

Iklan

Moss menyakinkan bahawa Depp tidak pernah mencederakannya semasa kejadian.

Heard dalam salah satu siri perbicaraan fitnah mereka awal bulan ini menyebut nama Moss dan mendedahkan kepada hakim bahawa terdapat kejadian seumpama itu berlaku antara adiknya, Whitney Henriquez dan Depp sebelum ini pada March 2015.

Menurut laporan The New York Post, Heard membawa isu serangan di tangga antara Moss dan Depp ini ke dalam perbicaraan sejak 2020 lagi.

Depp yang juga pelakon utama francais filem Pirates of The Caribbean memfailkan saman fitnah sebanyak AS$50 juta terhadap Heard selepas wanita itu menuduhnya melakukan keganasan rumah tangga pada 2016, beberapa hari selepas memfailkan perceraian.

Sementara bintang Aquaman itu menyaman balas sebanyak AS$100 juta terhadap Depp dan mendakwa bekas suaminya itu mencemarkan nama baiknya dengan menggelarnya sebagai penipu.